Showing posts with label Lembaga AJK Pusat. Show all posts
Showing posts with label Lembaga AJK Pusat. Show all posts
,

KATA ALUAN - PENGERUSI AJK PUSAT 2022

Thursday, July 14, 2022 0 comments

                               



Assalamualaikum wbrt

Bismillahirahmanirahim

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari kebajikan yang dikerjakannya. (Mereka berdoa), “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir.” - [Al-Baqarah: 286]

PKP selama 2 tahun membehentikan hampir keseluruhan aktiviti silat di gelanggang awam dan sekolah. Ini menjadikan aktiviti kebudayaan dan sukan silat dihentikan sepenuhnya. Namun PKP menjadikan norma baru apabila banyak waktu perintah berkurung dijalankan pertandingan silat secara maya, bukan sahaja menjadikan silat berevolusi baik tetapi mendekatkan hubungan antara negara-negara pesilat dengan lebih baik dan rapat tanpa protokol yang rigid.

Kami masih dalam usaha memperbanyakkan gelanggang dan meramaikan gurulatih di seluruh Malaysia dan dunia. Kepada yang berminat, hubungi lah kami untuk bersama-sama menaikkan silat dan mendidik sahsiah anak muslim kita seluruh dunia. Rapat dengan masyarakat dan memberikan kesan baik kepada mereka dan kita. dalam masa sama menerapkan kefahaman perlaksanaan silat oleh ulamak dan pendekar silam bagi mendidik dan menanamkan jatidiri dalam anak seagama kita sekaligus menjadikan medan dakwah.

Kami bukan sempurna tetapi doa kami dengan menjalankan aktiviti bergelanggang, agar diri dan akhlak kami dibaiki oleh masyarakat setempat. Tegurlah kami dan bantulah kami membaiki diri.

Kepada Allah kami berdoakan kebaikan untuk anda semua!

waAllahua'llam

MOHD HISHAM NAZIR
2022
Read the full story

,

MEETING BULANAN (APRIL 2017)

Monday, June 12, 2017 0 comments


Isu yang dibincangkan:

O Kursus Gurulatih Pusat selama setahun;
O Program Festival Silat Melaka (2 bas);
O Sponsorship gelanggang seluruh Malaysia;
O Sponsorship dan derma gelanggang utama;
O Penerangan beli tanah dan tajaan Pusat Latihan PSPGPSHM 2018;
O Lain-lain hal berbangkit.

Kehadiran mesyuarat:

Cikgu Ayhsue RazLan
Cikgu Along Mohammad Shahril
Cikgu Hisham Nazir
Cikgu - Cikgu lain ketidakhadiran bersebab dimaklumkan awal.
AJK - Mariana Mohd Nazir
AJK - Ummu Nuqman Al Rumaisa

Kepada yang bertanya, "kami masih aktif dan segar. Berkembang depan dan belakang"

Read the full story

, , , , , , , ,

MATLAMAT KAMI DI TAHUN 2015

Thursday, January 01, 2015 2 comments




MATLAMAT 2015


Pentadbiran
Kami hanya mahu bersilat. Tetapi bukan nak bersilat sangat kerana kami tidak hebat. Cuma kami berharap jika dapat dekati anak-anak muda dan kecil, dapat sedikit sebanyak membentuk sosial dan akhlaknya. Disamping kami membaiki diri. Maka kami akan merealisasikan matlamat;
  • Memperkemaskan pentadbiran;
  • Menambahkan penyertaan daripada pimpinan luar Lembah Klang;
  • Menaikkan 2 ikon baru pimpinan silat daripada kami bagi peralihan kuasa pentadbiran setiap 2 tahun;
  • Membaikpulih hubungan dengan pertubuhan bukan Gayong;
  • Mempromosi sedaya mungkin untuk naik ke depan;

Kegurulatihan
Kami tidak hebat dengan silibus mahupun praktikal. Dengan sistem yang baik, pihak kami berharap dapat menonjolkan satu pimpinan kegurulatihan yang baik akhlaknya dan kepimpinannya. Maka kami akan merealisasikan matlamat;
  • Memantapkan Lembaga Gurulatih;
  • Membanyakkan kursus gurulatih dan perlantikan gurulatih;
  • Penganjuran seminar berterusan bagi dana;
  • Perbanyakan pesilat/ahli. Kalau kami tidak turun gelanggang, siapa nak;
  • Promosi dan pengambilan ahli bukan Melayu. Sebab melayu tidak berminat;
  • Ujian Gred dan sijil berpusat;
  • Bacaan Manzil diwajibkan;

Adat
Kami tiada menubuhkan apa-apa badan adat atau mendahulukannya dalam pentadbiran. Masing-masing kekal dengan jawatan dan tugasan yang ada. Tetapi Lembaga Adat yang berpusat akan memastikan kelancaran pentadbiran keseluruhannya dengan nasihat yang perlu.



Read the full story

LEMBAGA AHLI JAWATANKUASA PUSAT

Monday, November 10, 2014 0 comments


LEMBAGA AHLI JAWATANKUASA PUSAT 2015/2016

Keanggotaan Lembaga Ahli Jawatankuasa Pusat
  • Pengerusi (Ahli Seumur Hidup)
  • Timbalan Pengerusi
  • Setiausaha
  • Timbalan Setiausaha
  • Bendahari
  • Ahli Jawatankuasa (6 orang atau lebih bagi mewakili Bahagian/Gelanggang Negeri)

Tugasan Anggota Lembaga Ahli Jawatankuasa Pusat

  • Menjalankan amanah pentadbiran pertubuhan atas kapasiti portfolio diberikan;
  • Mengawal selia perjalanan pertubuhan dengan baik;
  • Membangunkan dan mengembangkan pentadbiran dan gelanggang;
  • Membaikpulih situasi ekonomi, akademik dan sosial ahli pertubuhan;
  • Menjalinkan hubungan baik dengan semua pentadbiran pertubuhan seni beladiri
  • Menganjurkan pelbagai program kebajikan, kemasyarakatan, kesukanan, kebudayaan selaras dengan kehendak semasa dan keperluan Pertubuhan;






Read the full story