LEMBAGA DISIPLIN PUSAT

Monday, November 10, 2014 Leave a Comment


LEMBAGA DISIPLIN

Keanggotaan Lembaga Disiplin
Lembaga Disiplin diketuai oleh Timbalan Pengerusi Pertubuhan Pusat semasa. Manakala kesemua Ahli Jawatankuasa Pusat dan Negeri (sekiranya ada) adalah anggota Lembaga Disiplin.

Cara Aduan Disiplin Dikemukakan
  • Aduan boleh dibuat oleh semua pihak yang mempunyai kepentingan (locus standi) ke atas pihak yang diadukan dan persekutuan;
  • Aduan boleh dibuat melalui surat yang lengkap mempunyai nama Pengadu, alamat, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan butiran aduan;
  • Setiap aduan mesti disertakan fee proses sebanyak RM100.00 yang boleh dibuat atas nama Persekutuan;
Tindakan Lembaga Disiplin
  • Pengerusi Lembaga Disiplin akan melantik 2 panel tambahan daripada anggota Lembaga Disiplin;
  • Satu penjelasan bertulis dan/atau lisan dikemukakan oleh Responden;
  • Sekiranya diputuskan terdapat prima facie kepada aduan, satu pendengaran penuh akan dibuat oleh panel berkenaan yang dipanggil panel siasatan; 
  • Penilaian keterangan akan dibuat oleh pihak panel siasatan dan akan memberikan keputusan secara bertulis berserta hukuman jika ada; 
  • Rayuan boleh kemukakan tanpa fee proses oleh mana-mana pihak yang tidak berpuashati kepada Lembaga Jawatankuasa Pusat dalam masa 30 hari selepas keputusan diberikan;
  • Pengerusi Lembaga Jawatankuasa Pusat akan mempengerusikan rayuan bersama Pengerusi Lembaga Disiplin bersama 3 panel yang lain daripada berjawatan Setiausaha, Bendahari, Ahli Jawatankuasa Pusat dan/atau Pengerusi Pertubuhan Negeri;



0 comments »

Leave your response!