, ,

ADAB GELANGGANG (KEMASKINI 16.12.2014)

Tuesday, December 16, 2014 Leave a Comment


AMALAN MULA LATIHAN

1. Kata-kata aluan serta sedekahkan bacaan oleh Imam Gelanggang

"Sebelum kita memulakan latihan, kita ambil sedikit masa untuk membacakan Al Fatihah (1), Al-Ikhlas (11) dan Selawat (3). Sekiranya ada berkat pahala dari bacaan berkenaan, kami sedekahkah kepada kedua ibubapa kami, para anbiya, para sahabat, para tabien, tabi' tabien serta para ulamak dan juga saudara dan kaum kerabat kita. Samada masih hidup atau telah meninggal dunia.

Jika ada berkat pahala bacaan ini juga, kita berdoa agar diselamatkan dari awal latihan sehingga akhir mahupun di mana-mana jua. Kita juga berdoa agar dijauhi sifat riak dan takabur."

2. Bacaan Amalan Pembuka Gelanggang (yang dinyatakan di atas)
Bacaan khas dan tambahan bagi gurulatih adalah berbeza.

3.  Tunggu dan habiskan bersama-sama


ADAB DALAM GELANGGANG

1. Beri tumpuan pada pelajaran;

2. Jangan buat sesuatu perkara yang tidak berfaedah;

3. Hormati gurulatih;

4. Jangan bantah arahan gurulatih semasa latihan;

5. Tidak dibenarkan keluar masuk gelanggang tanpa kebenaran gurulatih;



SUSUN ATUR LATIHAN

1. Regangan & Pemanasan badan

2. Senaman Khas 

3. Latihan Asas

4. Latihan Utama

5. Latihan Lompatan

6. Latihan Gulung/Demontrasi

7. Tazkirah/Bacaan Manzil

8. Tutup Latihan



 

3 comments »

  • Anonymous said:  

    lambang cantik

  • Anonymous said:  

    Kelantan & semua gelanggag budak kita bersama cg sham

  • Unknown said:  

    Mnurut cikgu pusaka gayong sy, yg juga merupakan ust di sekolah sy... bcaan pmbukaan tersebut perlulah mnggunakan word hadiah, bkn sedekah sbb kita tujukan kt para nabi n rasul... so kita taw, nabi xterima sedekah... tp hadiah.. sekadar berkongsi

  • Leave your response!