, , , ,

APA SANDANG YANG DIKATAKAN BINTANG CULA TU?

[ Saturday, July 16, 2022 | 0 komen ]

 


APA SANDANG YANG DIKATAKAN BINTANG CULA TU?

Sandang yang ada dan diwujudkan di dalam Sendi Harimau Malaysia hanya satu sandang sahaja iaitu Sandang Bintang Cula yang sebagaimana gambar tersebut. Lantainya hitam dan dua jalurnya perak.
Kelayakan sandang ini hanya dua syarat. Pertama; khatam Qul sekurangnya sekali khatam. Kedua; mempunyai gelanggang silat. Syarat bergelanggang dan mengajar gelanggang ini hanya terhad kepada gurulatih bawah bengkung hitam cula II dan umur 55 tahun ke bawah, yang mana-mana lebih awal.
Sandang Bintang Cula ini boleh dipakaikan sendiri atau dipakaikan oleh Pertubuhan. Sekiranya pada tahun berkenaan, pemakai sandang tidak mengajar bergelanggang, maka beliau tidak boleh memakai sandang Bintang Cula walaupun sandang berkenaan tidak dilucutkan.
Sandang Bintang Cula adalah sandang asal yang diwujudkan oleh Seni Gayong semasa zaman awal Gayong sehingga dinaiktaraf oleh ADMAR kemudiannya. Dua (2) syarat pemakaiannya masih di gunakan oleh Allahyarham Meor Aziz sehingga akhir hayatnya.
"Hanya Sandang Bintang Cula sandang yang diwujudkan dan diiktiraf dalam Seni Gayong awalnya dan digunakan oleh Meor Aziz dan Meor Rahman (pada awal pembukaan) tetapi pembaharuan yang dibuat oleh ADMAR juga suatu yang baik kepada Seni Gayong" - Pakngah Ali, Murid kanan Allahyarham Meor Aziz
Read the full story »
, , ,

APA SYARAT BENGKUNG HITAM SEBENARNYA CIKGU?

| 0 komen ]

 


APA SYARAT BENGKUNG HITAM SEBENARNYA CIKGU?

Antara syarat yang dinyatakan di dalam post mengenai saya tempohari tentang bengkung hitam. Antara lain ialah:
1) Bergayong melebihi 20 tahun
2) Telah menjadi Gurulatih melebihi 15 tahun
3) Bersandang bintang cula.
4) Berumur 40 tahun ke atas
5) Khatam Qul melebihi 3 kali
6) Aktif mengajar, sumbangan penulisan dan pengurusan dalam aktiviti/organisasi Gayong atau Sendi Harimau Malaysia;
Sebenarnya kami menetapkan tingginya silibus dan pemahaman yang diperlukan bagi bengkung kuning dan hitam. Maka kedua bengkung/peringkat ini ditetapkan bagi anugerah sahaja dengan ciri-ciri khusus.
Permulaan bengkung hitam ialah cula I pada seawal calon berumur 40 tahun 1 hari. Kenaikan secara terus setiap 7 tahun akan dibuat sebagaimana berikut:
  • Bengkung hitam cula II - Umur 47 tahun 1 hari - Perlu aktif bergelanggang & persatuan
  • Bengkung hitam cula III - Umur 54 tahun 1 hari - Perlu aktif bergelanggang & persatuan
  • Bengkung hitam cula IV - Umur 61 tahun 1 hari - Aktif dalam aktiviti persatuan
  • Bengkung hitam cula V - Umur 68 tahun 1 hari - Aktif dalam aktiviti persatuan
  • Bengkung hitam cula VI - Umur 75 tahun 1 hari - Aktif dalam aktiviti persatuan
Wallahuallam.
Read the full story »