LEMBAGA GURULATIH PUSAT

Monday, November 10, 2014 Leave a Comment


LEMBAGA GURULATIH
(kemaskini pada 27.12.2018)

Siapa Anggota Lembaga Gurulatih
  • Pengerusi Lembaga Gurulatih (Keseluruhan Silibus)
  • Timbalan Pengerusi (Silibus Senjata)
  • Setiausaha (Silibus Tempur Kosong) - Semua Gurulatih        
  • Gurulatih Silibus Tangan Kosong - Semua Gurulatih
  • Gurulatih Silibus Kaki - Semua Gurulatih
  • Gurulatih Silibus Combat - Semua Gurulatih
  • Gurulatih Silibus Pisau - Cikgu Nazrin
  • Gurulatih Silibus Keris - Cikgu Mohaizam
  • Gurulatih Silibus Simbat/Suk/Tongkat - Cikgu Razlan
  • Gurulatih Silibus Parang/Lembing - Cikgu Fairuz
  • Gurulatih Silibus lain-lain senjata
  • Gurulatih Silibus Kanak-Kanak - Cikgu Shams
Siapa boleh anggotai Lembaga Gurulatih
Terbuka kepada semua ahli yang berdaftar sahaja. Kesemua nama cadangan hanya boleh dilantik melalui 4 mesyuarat tahunan Ahli jawatankuasa Pusat sahaja. Pemecatan juga melalui cadangan dan diluluskan oleh cara yang sama. Keanggotaan adalah selama 2 tahun sebelum perlantikan baru dibuat.

Lembaga Gurulatih hanya ditubuh di peringkat pusat. Tiada kebenaran penubuhan Lembaga Gurulatih di peringkat bahagian Negeri dan Cawangan. Jawatan di atas hanya dilucutkan dengan kematian, keuzuran dan tidak aktif berpersatuan.

Fungsi dan Tugas Anggota Lembaga Gurulatih
  • Menyelaraskan silibus;
  • Menjalankan kursus kegurulatihan
  • Memastikan pesilat digredkan mengikut silibus yang betul;
  • Melaksanakan ujian bengkung di semua peringkat Negeri dan Cawangan;
  • Menganjurkan program kegurulatihan dan silibus;
  • Memegang amanah berkaitan kegurulatih dan silibus;

0 comments »

Leave your response!