,

KATA ALUAN - PENGERUSI AJK PUSAT 2022

Thursday, July 14, 2022 Leave a Comment

                               



Assalamualaikum wbrt

Bismillahirahmanirahim

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari kebajikan yang dikerjakannya. (Mereka berdoa), “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir.” - [Al-Baqarah: 286]

PKP selama 2 tahun membehentikan hampir keseluruhan aktiviti silat di gelanggang awam dan sekolah. Ini menjadikan aktiviti kebudayaan dan sukan silat dihentikan sepenuhnya. Namun PKP menjadikan norma baru apabila banyak waktu perintah berkurung dijalankan pertandingan silat secara maya, bukan sahaja menjadikan silat berevolusi baik tetapi mendekatkan hubungan antara negara-negara pesilat dengan lebih baik dan rapat tanpa protokol yang rigid.

Kami masih dalam usaha memperbanyakkan gelanggang dan meramaikan gurulatih di seluruh Malaysia dan dunia. Kepada yang berminat, hubungi lah kami untuk bersama-sama menaikkan silat dan mendidik sahsiah anak muslim kita seluruh dunia. Rapat dengan masyarakat dan memberikan kesan baik kepada mereka dan kita. dalam masa sama menerapkan kefahaman perlaksanaan silat oleh ulamak dan pendekar silam bagi mendidik dan menanamkan jatidiri dalam anak seagama kita sekaligus menjadikan medan dakwah.

Kami bukan sempurna tetapi doa kami dengan menjalankan aktiviti bergelanggang, agar diri dan akhlak kami dibaiki oleh masyarakat setempat. Tegurlah kami dan bantulah kami membaiki diri.

Kepada Allah kami berdoakan kebaikan untuk anda semua!

waAllahua'llam

MOHD HISHAM NAZIR
2022

0 comments »

Leave your response!