Showing posts with label makluman. Show all posts
Showing posts with label makluman. Show all posts
, , ,

KURSUS GURULATIH SENDI HARIMAU OGOS & SEPT 2022

Thursday, July 14, 2022 0 comments

 KURSUS KEGURULATIHAN SENDI HARIMAU 3.0

SIAPA BOLEH SERTAI?
Ahli Sendi Harimau, Anak Gayong aliran ADMAR/ADMAA, pesilat yang ada silat dan berminat untuk menjadi gurulatih silat di bawah Sendi Harimau Malaysia.
TARIKH & KOS
Kursus dan seminar latihan kegurulatih baru bagi menjadi gurulatih Sendi Harimau Malaysia akan diadakan pada tarikh yang dinyatakan di bawah. Perlu book tarikh berkenaan lebih awal.
Kursus sehari dijalankan dengan kos RM99 dan dijlankan di Kedah dan Selangor. Kelantan akan dimulakan pada November 2022. Kos termasuk penginapan dan makan. Kos Sijil, Manual Persekutuan dan Bengkung Gurulatih tidak termasuk kos dan hanya diberikan apabila menjadi Gurulatih kelak.
APA PENGISIAN?
O Adab / kelayakan gurulatih;
O Manual & Silibus Persekutuan;
O Amalan SH (Am sahaja);
O Masalah dan kelebihan menjadi Gurulatih;
O Silibus 1/2/3/4/5/6/7 (mana yang berkaitan sahaja);
O Lain-lain hal yang tidak dinyatakan secara khusus;
Sila book tarikh anda. Terhad kepada 10 orang setiap sessi/tarikh



Read the full story

, , ,

PENUBUHAN KELAS SILAT SH DI KELANTAN

Monday, April 01, 2019 0 comments


PENUBUHAN KELAS SILAT SH DI KELANTAN
Selepas meeting dengan bakal-bakal gurulatih SH di Kelantan termasuk daripada Besut pada 3 hari lepas, status facebook dimuatnaik bagi meneliti sekolah-sekolah yang masih belum ada kelas silat di sekolah disekitar #KotaBharu.
Atau sekolah-sekolah yang menghadapi masalah dengan pertubuhan silat atau gurulatih mereka yang memerlukan penukaran kelas/penganjuran kelas. Ini perlu bagi menjaga nama baik silat dan pertubuhan #silat lain kerana kebanyakan guru yang mengendalikan silat sekarang bukanlah orang silat atau pro- budaya.
Sehingga hari ini ada 3 permintaan sekolah di sekitar Kota Bharu untuk membuka dan menubuhkan kelas silat di sekolah mereka. InsyaAllah minggu depan kita cuba turun untuk melihat cadangan-cadangan yang ada daripada sekolah berkenaan.
Jika ada lagi maklumat #sekolah belum ada silat dan berkehendakkan untuk memulakan penubuhan kelas silat, sila hubungi - www.wassap.my/60139307961
Read the full story

, , ,

LAMAN SENDI HARIMAU II






LAMAN SENDI HARIMAU II
Pusat Latihan Sendi Harimau Malaysia di Kelantan akan dikenali sebagai Laman Sendi Harimau II. Akan mula beroperasi dalam masa 2 tahun. Tapak pusat latihan silat seluas 12,000kps telah dibeli sepenuhnya bagi perancangan masa depan.
Kedudukan di kaki bukit di Pasir Puteh, Kelantan. Gelanggang latihan paling dekat ialah team SH Malaysia daripada Besut. Semoga bermanfaat untuk mereka.
Kami share sikit-sikit sebagai menjawab progress kami. Lain-lain isu akan faham sendiri.
Semoga dipermudahkan.
NOTA: Laman Sendi Harimau I adalah tapak pusat latihan di Kedah Darul Aman berkeluasan 1.6 ekar
Read the full story

,

Seminar yang menarik

Friday, March 29, 2019 0 comments


Seminar yang menarik
Perkaitan persenjataan bangsa melayu semenjak melawan portugis telah ada senjata api. Adakah ia pewarisan hubungan dengan khalifah Uthmaniyah?
Setara mana pengetahuan dan pembuatan dan pemakaian senjata api ini dalam bangsa melayu?
Jom!
Read the full story

, ,

BARANGAN SILAT & PERSEKUTUAN DI AJWAHBARAKAHCO.LELONG.MY

Thursday, March 28, 2019 0 comments


BARANGAN SILAT & PERSEKUTUAN DI AJWAHBARAKAHCO.LELONG.MY
Boleh dapatkan uniform silat (Cekak Musang dan kolar V), senjata latihan, dan aksesori #latihan di www.ajwahbarakahco.lelong.my
Setakat ini hanya beberapa barangan akan dimasukkan dalam masa terdekat seperti uniform, lencana Persekutuan Seni Pusaka Gayong Persilatan SH Malaysia (besar dan kecil) Beg latihan silat dan barangan ebook seni bela diri selain silat. Antara yg ada di sana buat masa ini dan kelak:
○ Uniform silat;
○ Senjata latihan;
○ Peralatan silat;
○ Ebook senibeladiri awam;
○ Ebook Sendi Harimau Malaysia;
○ Baju Sendi Harimau Malaysia;
○ Baju #TheLittleFighter;
○ Minyak Gayong (1000 herba);
○ Minyak Gayong (urutan biasa);
○ Sticker kereta;
○ Lencana Sendi Harimau Malaysia.
Persekutuan dalam menjana pendapatan kepada pembinaan Pusat Latihan, akan mengeluarkan ebook tentang silat dan juga persekutuan. Harga ebook adalah serendah RM5.90 sahaja.
Banyak ke perlu dananya? Banyak sebab kami ada 3 pusat latihan utama untuk di bangunkan dalam masa 10 tahun.
Wisma Sendi Harimau (Selangor)
Laman Sendi Harimau I (Kedah)
Laman Sendi Harimau II (Kelantan)
Ketiga-tiga dibeli bagi merealisasikan pembangunan silat di masa depan. Kalau bukan kita bersungguh-sungguh, nak harapkan siapa.
InsyaAllah.
NOTA: Mai Pusat Latihan jirus pokok dulu se-round
_____________________________________________
PROMOSI PERMULAAN WWW.AJWAHBARAKAHCO.LELONG.MY
Klik www.ajwahbarakahco.lelong.my dan start tengok. Masih ada 1300 barangan sedang tunggu disenaraikan. Masih sedang diusahakan.
Saujana Pet Shop digabungkan di bawah Ajwah Barakah Marketing. Apa-apa boleh whatsapp kami di - www.wassap.my/60136307961
Read the full story

NEW ZEALAND Kami berdukacita. Doa kami bersama mereka.

Wednesday, March 27, 2019 0 comments


Read the full story

, ,

LATIHAN PUNCAK PERDANA


LATIHAN PUNCAK PERDANA
Anak-anak SH Gelanggang Awam Puncak Perdana
Latihan setiap hari Jumaat
Bermula Jam 9.00malam
Dibawah pimpinan Wakil Gurulatih Cikgu Lan 014-3384184
Read the full story

, ,

PEMBINAAN PAGAR PUSAT LATIHAN


PEMBINAAN PAGAR PUSAT LATIHAN
Pagar akan dibina sekeliling Pusat Latihan Persekutuan SH pada minggu depan seluas 12,000 kps dengan menelan belanja seperti berikut:
Alatan dan barangan - RM9,000.00 (+ - kurang)
Kos upah - RM7,000.00 (setelah diskaun RM1000)
Alhamdulillah, alatan dan barangan telah ditaja oleh satu syarikat muslim. Ditaja sepenuhnya. Manakala kos upah belum ada penaja.
Ada penaja atau tidak, pembinaan akan diteruskan. Semoga Allah murahkan rezeki minggu depan dan juga kepada penaja kami.
Kepada mereka nak menaja atau derma boleh whatsapp www.wassap.my/60139307961/tajapagar
Semoga Allah murahkan rezeki anda semua.
InsyaAllah.
NOTA: Mangga, jambu madu dan durian selat sepokok dua telah menampaknya bunga-bunga. Rezeki Anak Sendi Harimau.
Read the full story

,

GROUP WHATSAPP THE LITTLE FIGHTER

GROUP WHATSAPP THE LITTLE FIGHTER
Kepada gurulatih dan pesilat yang berminat untuk mendapatkan informasi dan/atau menyertai pertandingan THE LITTLE FIGHTER 1.0 atau seterusnya boleh join grup whatsapp kami.
Terbuka kepada gurulatih, pesilat dan gelanggang silat sahaja. Sila komen atau pm kami di bawah dengan nama, silat dan nombor handphone.
Terima kasih.
NOTA: Artikel tentang TLF juga boleh didapati di www.sendiharimau.org dan www.fb.com/sendi.harimau.malaysia
Read the full story

, ,

MENDAPAT PERHATIAN IBU BAPA

MENDAPAT PERHATIAN IBU BAPA
Latihan demi latihan

Silat semakin mendapat tempat dihati ibu bapa. Kami SH melapang dada menerima anak2 utk belajar silat.
Gelanggang awam Puncak Perdana Seksyen U10 Shah Alam.
Cikgu Lan:014-3384184
Read the full story

,

KELAS SILAT SENI GAYONG (SENDI HARIMAU MALAYSIA)

KELAS SILAT SENI GAYONG (SENDI HARIMAU MALAYSIA)
“It’s not about being better than the other.
It’s about being better than you were yesterday.”
"Mangsa buli di sekolah, luar dan tempat kerja
Tidak bersemangat dan tiada jatidiri
Tiada keyakinan
Lemah badan kerana tidak senama dan bersukan
Nak elakkan penyakit
Mencari pengalaman dan ilmu membela diri"
Sertai kami di kelas latihan:
PUSAT LATIHAN SERI CHEEDING
Rabu | Khamis | Jumaat
8.00malam - 11.00 malam
Hubungi: +60139307961 | +6011-38537961
Cikgu Shams
PUSAT LATIHAN PUCHONG
(SEK MEN KEB PUCHONG PERDANA)
Setiap Sabtu
10.00pagi - 12.00tghari
Hubungi: +6016-9830501
Cikgu Nazrin
GELANGGANG AWAM PUNCAK PERDANA, SHAH ALAM
(TERBUKA UNTUK SEMUA)
Setiap Jumaat
9.00 malam - 11.00 malam
Hubungi: +6014-3384184
Cikgu Razlan
PUSAT LATIHAN MANJUNG
SEK METHODIST ACS SETIAWAN
GELANGGANG AWAM
GELANGGANG PONDOK
Setiap Rabu | Sabtu
Hubungi: +6017-4479323
Cikgu Fairuz
PUSAT LATIHAN KEMAMAN & KUANTAN
Rabu | Jumaat
8.00malam - 11.00 malam
Hubungi: +6019-302 3276
Cikgu Azman
BE A PART OF OUR TRAINER, CALL US +60139307961
www.wassap.my/60139307961/gurulatih
Persekutuan Seni Pusaka Gayong Persilatan SH Malaysia
Tel: +6011-38537961 Whatsapp: +6013-9307961
Faks: +603-80217962 Web: www.sendiharimau.org
Email: sendiharimaumalaysia@gmail.com
“A brave man, a real fighter is not measured by how many times he falls, but how many times he stands up.” – Rickson Gracie
Read the full story

,

SPONSOR THE LITTLE FIGHTER

SPONSOR THE LITTLE FIGHTER
Alhamdulillah, Selasa lepas (19.02.2019), TLF dapat sponsor tambahan kepada hamper menjadikan Juara dan Naib Juara akan dapat hamper tambahan kesemua peserta.
Yuran penyertaan RM50.00. Akan dapat:
O Baju T Shirt
O Sijil
O Medal
O Hamper mini.
O Hamper Khusus
Terima kasih kepada sponsor.
Nota: Gambar sekadar hiasan.
Read the full story

,

CUTI LATIHAN SEMPENA CUTI SEKOLAH (SERI CHEEDING)

Monday, March 18, 2019 0 comments


CUTI LATIHAN SEMPENA CUTI SEKOLAH (SERI CHEEDING)
Latihan Pusat Seri Cheeding cuti bermula hari ini sehingga 27.03.2019 bagi memberikan laluan cuti sekolah.
Latihan adalah seperti biasa iaitu Rabu, Khamis dan Jumaat. 8.00-11.30malam. (Dewasa start pukul 9.00malam)
Latihan memberansangkan untuk 3 bulan latihan dan insyaAllah akan memberikan cabaran bagi #TheLittleFighter pada 01.09
2019 kelak.
Progress gelanggang setakat ini menempatkan cuktbox sekeliling sekaligus nanti pemasangan pagar. Bolehlah tanam pokok-pokok sekeliling Pusat Latihan dan jadikan latihan dalam taman, macam latihan orang lama-lama.
Bila berbuah, rezeki anak-anak #Gayong #SendiHarimau dan masyarakat sekeliling. Hidup kena berbakti.
Jumpa lagi 28hb nanti..
NOTA: Pusat Latihan dari tepi.
Read the full story

,

MOHON BANTUAN AHLI SH

Wednesday, February 13, 2019 0 comments





Ada rakan SeGayong kita dalam ujian kesihatan dirinya. Beberapa prosedur rawatan akan dijalankan dengan kos tertentu.
Mungkin dengan doa dan sedikit bantuan kewangan akan meringankan beban sahabat kita. Semoga Allah berkati rezeki anda.


Read the full story

LATIHAN SERI CHEEDING BERMULA MALAM

Monday, January 28, 2019 0 comments



InsyaAllah sabtu lepas latihan agak memberansangkan dengan latihan memanah sekali. 4 anak panah hilang dalam semak tebal.

Bermula minggu depan akan ada latihan malam dengan harapan latihan lebih intensif dan jadikan program malam remaja di sana.

InsyaAllah latihan setiap Rabu dan Jumaat pukul 8.00 malam - 10.00malam.

Ahli pun alhamdulillah bertambah atas sokongan dan iklan sahabat-sahabat gurulatih SH semua.

Gambar adalah flyer utk iklan manual selain iklan melalui internet dan media sosial. Diteruskan semenjak 2005 tanpa gagal.

Semoga bermanfaat

Read the full story

,

KHIDMAT BEKAM SH 2019









Hari pertama hari ini bagi khidmat #bekam dan perubatan percuma SH sebagai khidmat masyarakat. Dapatkan tarikh-tarikh program di bahagian album Bekam.
Bagi yang mahu dapatkan khidmat bekam selain tarikh tersebut dengan kadar rendah di tempat kami atau tempat anda, sila whatsapp - www.wassap.my/601115157569
(Cikgu Dir Hussin)
Silat melalui dakwah!
SH bukan sekadar sepak tendang.
Gambar adalah peserta terakhir pagi ini. Buat kat rumah terus. Ringan sikit badan.



Read the full story

,

KITA CUMA NAK SILAT & DAKWAH








Boleh jaga dan latih sikit anak generasi baru sudah jadi kebanggaan kami. Nak seronok, baik dok rumah atau buat kerja. Mengajar silat banyak makan masa dan kos. Tapi mengajar silat banyak memberikan kepuasan dalam mendidik anak-anak muda.

Kalau mereka berjaya dan baik budi akhlaknya, kita pun dapat pahala. Pedulikan apa orang kata. Pedulikan masalah-masalah yg remeh.

Walaupun melibatkan masa dan kos, setakat ini semua gurulatih diberkati masa dan rezekinya. Semoga amalan gurulatih kami semua diberkati Allah. InsyaAllah.

Gambar adalah sekitar latihan salah satu gelanggang di Manjung Perak yang bakal diuji dan juga diperlimau dalam masa terdekat. InsyaAllah.

Tahniah buat cikgu Fairuz!
Nak join silat di Manjung atau nak buka gelanggang atau nak jadi gurulatih swbahagian dari kami,www.wassap.my/60174479323

...,..............

Serta kami di latihan berikut:

SERI CHEEDING, JENJAROM -www.wassap.my/60139307961
PUNCAK PERDANA, SHAH ALAM -www.wassap.my/60143384184
PUCHONG PERDANA, PETALING JAYA -www.wassap.my/60169830501
MANJUNG, PERAK -www.wassap.my/60174479323
KUANTAN, PAHANG -www.wassap.my/60193023276
TATIUC KEMAMAN, TERENGGANU -www.wassap.my/60193023276

Lain- lain gelanggang rujuk diwww.sendiharimau.org

#sh #sendiharimau #puchong #kinrara
#Gayong #freefighter
#silat
#senigayong
#thelittlefighter






Read the full story

,

LATIHAN PUCHONG RANCAK





Latihan di Puchong Perdana semakin rancak di bawah kelolaan Cikgu Nazrin. Semua mwreka yg berminat terutama kanak-kanak atau remaja yg berminat boleh sertai kelas cikgu Nazrin dibantu oleh Abang Danial di Sekolah Menengah Puchong Perdana.
Latihan dibuat disekolah yg lebih selesa dan mudah untuk ibubapa menunggu atau lwbih baik bagi kselamatan terutama kanak-kanak.
Kesemua peserta silat daripada Putrajaya, Puchong, Subang Jaya, Kinrara boleh berlatih di sana. Butiran latihan seperti berikut:
SEKOLAH MEN PUCHONG PERDANA
SETIAP SABTU, 10.30 PAGI - 12.30 TGHARI
Keterangan lanjut, sila whatsapp www.wassap.my/60169830501
...,..............
Serta kami di latihan berikut:
SERI CHEEDING, JENJAROM - www.wassap.my/60139307961
PUNCAK PERDANA, SHAH ALAM - www.wassap.my/60143384184
PUCHONG PERDANA, PETALING JAYA - www.wassap.my/60169830501
MANJUNG, PERAK -
www.wassap.my/60174479323
KUANTAN, PAHANG
www.wassap.my/60193023276
TATIUC KEMAMAN, TERENGGANU
www.wassap.my/60193023276
Lain- lain gelanggang rujuk di www.sendiharimau.org



Read the full story