Antara Fadhilat Amalan Surah Al-Ikhlas/At Tauhid

Sunday, August 26, 2007 Leave a Comment

Sememangnya salah satu amalan biasa Anak Gayong adalah membaca Surah Al Ikhlas, maka dikongsikan di sini beberapa hadis mengenai kelebihan amalan tersebut;

Sebelum masuk rumah, bacalah ayat di atas,kemudianbacalah surahAl-Ikhlas(iaitu ayat: Qulhuwallahu Ahad. Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad.walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali.Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah, berilahsalam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama(ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akanmembantu kitamenjawabpersoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam,seorang yang jarangbersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akanmenolongnyamenjawab salam malaikat itu.Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya,akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.(Demikianditerangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepadaumatnya : Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit?Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya.Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas 3 kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juz kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jusAl-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga kebarat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka:Wahai Tuhan kami,sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kpd orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi : Demi Allah yang jiwaku ditanganNya,sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibraila.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikatMikail a.s, Lamyalidwalam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s,Walam yakullahukufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

0 comments »

Leave your response!