Kursus Bekam Anjuran KKSG pada Oktober 2008

Tuesday, August 19, 2008 Leave a Comment

Alhamdullilah, kerja-kerja membekam malam ni berjalan lancar dan 5 Anak Gayong mengambil kesempatan untuk berbekam. Bekam dimulakan seawal jam 9.30 malam dan berkesudahan pada jam 12.15 tengah malam.

Encik Rahmat selaku juru bekam yang bertauliah daripada HPA dan telah mengamalkan bekam dan menjadi juru bekam secara sepenuh masa selama 3 tahun, menjadi jurubekam kami malam ini. Bekam dimulakan dengan penerangan bekam dan pemeriksaan asas kesihatan. Selain itu kami juga sempat mencuba kiropraktik daripada Encik Rahmat.

Namun apa yang ingin dikongsikan di sini, setelah berbincang dengan pihak Encik Rahmat dan beberapa anak Gayong yang ada di gelanggang malam tadi, pihak kami berniat untuk mengadakan kursus bekam secara berperingkat. Peringkat pertama akan diberikan keutamaan kepada Anak Gayong sahaja. Tempatnya terhad kepada 8 orang sahaja setiap kali kursus.

Kursus pertama akan diadakan pada hujung minggu selepas Idilfitri nanti. Siapa cepat dia dapat!

Kos Kursus adalah RM80.00 (tidak termasuk makan) selama sehari tidak termasuk kos pembelian peralatan bekam. Kursus adalah meliputi teori dan praktikal mengenai bekam. Penerangan mengenai pemeriksaan kesihatan akan turut di ajar dalam kursus tersebut.

Selain daripada kursus tersebut, peserta kursus mungkin dikenakan syarat untuk praktikal selama 2 hari bagi rawatan penuh bekam selama 2 hari sebelum diberikan Sijil Penyertaan dan buku Bekam (54 muka surat & hard cover yang bernilai modal sebanyak RM30.00). Melalui buku tersebut, pihak pelatih dapat pelajari lebih mendalam lagi serta sebagai ulangkaji di masa depan yang merangkumi kesemuanya mengenai bekam di pelajari. Selain daripada teori, terdapat juga gambar-gambar di dalam buku tersebut sebagai ulangkaji semasa perlu.

Apa yang anda bakal dapat melalui Kursus itu kelak?;

  • Teori & Praktikal Bekam;
  • Cara menganalisis penyakit;
  • Sijil Penyertaan;
  • Buku Bekam;
  • Poster Point Bekam;
  • Praktikal percuma selama 2 hari/kali;

Pendaftaran awal sila SMS 013- 930 7961 atau emailkan kepada shamsbangi@gmail.com

0 comments »

Leave your response!