Gurulatih Wanita

Thursday, December 04, 2008 Leave a Comment

Ada yang bertanya saya melalui telefon samada kami mempunyai gurulatih wanita atau sebaliknya. Jawapannya, pihak kami ada mempunyai seorang gurulatih wanita yang berbengkung merah semenjak tahun 1997. Berasal daripada Kedah begitu juga suaminya. Beliau mempunyai anak dan bersedia untuk mengajar sekiranya terdapat banyak penyertaan daripada wanita peringkat remaja dan dewasa.

Tetapi sekiranya hanya 2-3 orang sahaja, mungkin agak menyusahkan beliau untuk turun ke bawah memandangkan tugas harian selaku ibu dan isteri harus di dahulukan. Beliau bersama suaminya adalah Anak Gayong daripada Sungai Petani dan kini menetap di Puchong.

Ramai yang tertanya mengenai gurulatih wanita tetapi tak ramai tahu termasuk Anak Gayong di sini yang kami sememangnya ada standby gurulatih wanita.

Pihak kami baru-baru ini juga ada menerima kunjungan daripada seorang wanita yang berminat untuk menyertai kami di sini dan berjanji akan memulakan kelas pada Januari 2009. Pihak kami amat berbesar hati dengan sokongan dan penyertaan wanita ke kelas kami memandangkan pihak kami amat berharap dapat merekrutkan beberapa orang pelapis yang mampu mengajar atau membantu mengajar wanita bagi kemudahan pelatih wanita itu sendiri.

Ini disebabkan pihak gurulatih lelaki tidak dibenarkan bersentuhan dengan pelatih wanita dan kekadang silibus wanita juga berbeza dan pihak gurulatih kami tidak beberapa mengetahui silibus wanita yang sebenarnya. Akhirnya kesemua pelatih wanita kami sebelum ini termasuk kini (kanak-kanak) dilatih sepenuhnya dengan silibus yang sama dengan apa yang kami berikan kepada pelatih lelaki.

Harap ramai lagi anak gadis dan wanita dewasa menyertai kami di sini bagi melahirkan pelapis wanita di dalam Gayong.

0 comments »

Leave your response!