Orang Lama: Cikgu Abdul Majid bin Mat Isa (Pandak Majid)

Sunday, April 26, 2009 Leave a Comment

Abd Majid Bin Md Isa, dilahirkan pada 66 tahun yang lalu. Berasal dari Kerabat Diraja Jembal (Kerajaan Tua Negeri Kelantan Lama) dan tinggal Kg Kepala Bukit, Gurun, Kedah Darulaman. Mula bergiat dalam Seni Silat Gayung pada 20hb Jun 1956, melalui Mahaguru Meor Abd Aziz, Daing Uda Mohd Hashim (Bapa) serta Tuan Guru Haji Hussain Dol (seorang alim ulama).

Beliau merupakan Pengasas dan Guru Utama Pertubuhan Silat Seni Pusaka Gayong Malaysia setelah ditubuhkan 1978 kerana jawatan Gurulatih Kanan PSSGM beliau dilucutkan oleh Mahaguru ekoran berlakunya fitnah ke atas beliau. walaubagaimanapun, hubungan beliau dengan mahaguru tidak pernah berubah dan pihak PSSPGM tidak pernah menafikan Dato' Meor Abdul Rahman sebagai Mahaguru.

Beliau telah diarahkan oleh Mahaguru Meor Abd Rahman (adik Mahaguru Abd Aziz) dan Allahyarham Dato' Oon Jaafar mendalami ilmu persilatan ini di pusat latihan Seni Silat Gayung School Wood Land Singapura pada tahun 1959, selama setahun. Setelah segalanya selesai beliau pulang ke Kedah dan menjadi jurulatih di sana sebagai Guru Tertinggi pada tahun 1960.

Pada penghujung tahun 1961 sekali lagi beliau ke Singapura mendalami ilmu bermain senjata (keris) dan paada pertengahan 1962, beliau pulang semula ke Kedah dan di sini beliau melatih murid-murid bermain senjata sehingga kini. Tempat-tempat yang pernah beliau ajar seperti di Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Trengganu, Kelantan, Selangor, Perak, Perlis, Penang dan Medan Indonesia. Beliau mempunyai anak seramai 10 orang (7 lelaki dan 3 perempuan)

Sebagai Anak Gayong

Saya mula-mula belajar Gayong pada 1956 melalui Meor Abdul Aziz, abang Dato’ Meor Abdul Rahman. Ketika tu Dato’ Meor masih berada di Singapura. Saya belajar tangan kosong di Gurun. Sukatan pelajaran belum ada lagi masa tu. Lepas senaman panaskan badan, buat regangan dan lain-lain, diajar tumbuk pintal tali, pancung dayung dan lain-lain.

Dia(jurulatih) mengajar, dia suruh kita tumbuk, dia elak, elak, elak. Sat lagi dia pulak tumbuk, kita pulak elak, elak, elak (ketawa). Bila dia tengok dah cukup boleh elak, elak; sekarang dia kata, tumbuk, tangkap, kunci pulak. Tangkap sikit-sikit aja (bukan tangkap penuh).

Tapak Gayong ada tujuh biji buah tangkapan. Kalau dulu dia ajar buah satu tu seminggu hingga dua minggu. Bagi cekap dulu buah satu. Hari-hari belajar. Malam. Lepas Isyak sampai tengah malam. Habis tujuh biji buah. Cukup. Itulah Tapak Gayong dia kata. (Pentas?) Tak dak. Lepas tu dia kata, sekarang kamu dah boleh Tapak Gayong. (Pecahan Tapak?) Pun tak dak. Lepas Tapak Gayong, akan diajar Seni Gayong. Sebelum belajar Seni Gayong, kena mandi seni dulu. Penuntut akan diajar Senaman Anak Harimau sebelum pentas. Lepas tu tangkap. Lepas tangkap bukak. Dulu ini dinamakan Gulung. Bukannya Pentas. Buah Gulung Hidup, dia kata. Tangkap buah satu, dia pusing balik, dia gulung, sampai tujuh biji. Habis. Mainlah satu buah Gulung dia kata. Habis pelajaran.

Dia(gurulatih) cukup susah nak bagi (pelajaran). Bukan macam la ni. Kalau dulu sebulan sebiji aja. Buah Tapak Gayong belajar enam bulan hingga setahun lebih. Kira saya tahun 1956, sehingga tahun 1958 baru saya boleh main Gulung. Tahun 1959 baru dia(Dato’) ambil saya di Singapura, baru belajar main senjata. Main Keris.

Dia (arwah Dato’ Meor) mai Kedah tahun 1959, bersama dengan Dato’ Onn. Mula-mula dia datang tu 1958. Dia datang mai meninjau dulu. Dia balik dia ajak Dato’ Onn ke Kedah. Masa tu hari sukan. Sekolah tu minta kita buat persembahan. Persembahan tu depa buat pentas, semua eloklah kan? Malam main. Atas pentas. Kenakan tiket kepada siapa nak pi tengok. Ramai yang tak biasa tengok Gayong main kan? Singapura tak main. Masa tu gelanggang semua tertutup. Kalau hang Tapak Gayong, tak boleh tengok latihan orang Seni Gayong. Orang Seni Gayong bolehlah tengok orang Tapak Gayong. Bengkung tak ada lagi masa tu.

Tapak Gayong belajar dengan Cikgu Ismail Mansor. Lepas tu pelajaran habis, saya dibawa ke Singapura untuk berlatih bermain keris. Saya dikhatamkan (Keris dan Lembing) di air terjun Kota Tinggi. Seni Keris hanya diajar tikaman sahaja(pentas), bukan tangkapan. Tangkapan dia tak ajar masa tu. Saya tahun 1964 baru diajar tangkapan senjata, bagaimana menentang serangan bersenjatakan keris. Sebelum tu Cuma diajar pentas (permainan) sahaja. Keris 1, Keris 2, Pisau 1, Pisau 2 diajar sekali. Pelajaran Pisau - 1 dan 2 sahaja. Tangkapan pisau dan keris cuma 7 biji.

Tahun 1973, masa tu Cikgu Ahmad Lazim telah dipanggil balik dari Kelantan (kerana sesuatu sebab). Balik mai ke Kedah. Kemudian kita nak tarik begitu sahaja ada komplot di Kelantan yang sukakan Cikgu Ahmad Lazim. Beritahu kepada ahli Gayong Kelantan, mata pelajaran Gayong akan di “upgrade” kan. Cikgu Ahmad Lazim diminta balik ke Kedah untuk ambil kursus balik. Antara yang terlibat susun pelajaran ialah saya sendiri(Cikgu Majid), Cikgu Awang Daud, Cikgu Siti Kalsom dan Cikgu Md. Khir Saad. Buat pertunjukan pelajaran baru kepada murid-murid Gayong di Kelantan. Susun semula pelajaran di Taiping. Cikgu Awang Daud gantikan Cikgu Ahmad Lazim mengajar di Kelantan.

“Majid, kau kuminta gubahkan pelajaran,” kata Dato’ Meor. Apa yang saya dapat kat dia lah kan, pelajaran yang ada kat saya. Yang mana dia bagi kat saya semasa di Singapura dulukan, saya susunlah. Ini buah 1 hingga 21. Dato’ terus luluskan. Lepas tu besok main pentas pulak. Buah 1 sampai 21 bukak. Main pisau pulak, pecahkan sampai 21.

Rombongan pergi ke Kelantan buat persembahan di Pasir Putih. Pergi dengan dua buah kereta. Di Pasir Putih, pergi ke rumah Tuan Haji Hamid Kelantan, Yang Dipertua Gayong Pasir Putih dulu. Kita kata kita nak tinggalkan Cikgu Awang untuk mengajar di Kelantan. Kemudian, sekarang ni kita nak buat pertunjukanlah pelajaran baru ni. Bagi tahu semua. Di padang sekolah agama. Orang Kelantan kata tak apalah. Bila ahli semakin ramai, Cikgu Awang minta pembantu. Maka Haji Harun dihantar membantu. Dulu gelanggang (di Gurun) ni duduk depan sana, dekat pokok setoi.

Di Singapura, Dato’ yang mengajar. Selain itu, Cikgu Nordin Perlis, Cikgu Sidek Perak, Cikgu Atan Melaka. Kesemuanya adalah askar British di Singapura. Tahun 1962, barulah Cikgu Awang masuk Gayong. Pelajaran senjata habis diturunkan di Singapura. Pelajaran Cindai diturunkan di Kota Sarang Semut, tahun 1964. Sebelum guru dari Singapura berlatih, Dato’ ajar saya dulu pelajaran Cindai. Cikgu Siti Aisyah belajar Cindai di Singapura.

Artikel mengenai Beliau

Nota: Gambar Cikgu Majid bersama Cikgu Aqili dan Cikgu Asfan pada 31.12.2008.

4 comments »

  • tdpp2008 said:  

    As Salamu Alai Kum
    Kunci 9 ialah buah yang menyebabkan Pak Ndak masuk Silat Seni Gayong. Selepas dikunci oleh abangnya dia pun masuk SSG. C Awang pula setelah kaki dikunci Pak Ndak baru masuk SSG.

  • Anonymous said:  

    saya baru tahu sebabnya kenapa cikgu abdul majid bin mat isa dilucutkan jawatan pada 1978,kerana fitnah,nabi muhammad s.a.w juga pernah bersabda
    "sesungguhnya lidah itu lebih tajam dari mata pedang"wallahualam..

    "Kata Bersahut Gayung Bersambut"
    dari kelab silat seni gayung kolej komuniti bandar penawar kota tinggi johor bahru..Assalamualaikum.

  • Anonymous said:  

    fitnah juga buat arwah abah merajuk..... tp kami anak beranak x tau.... rupanya pakdak pernah diajar oleh arwah abah..inysaallah kami akan jenguk pakdak n nak tau cerita sebenar - darah pahlawan gayong

  • pak uda said:  

    👍👍

  • Leave your response!