Orang Lama: Cikgu Amin Hamzah, Ipoh

Wednesday, April 15, 2009 Leave a Comment

Cikgu Mohammad Amin bin Hamzah
23, Selasar Rokam 12, Taman Ipoh Jaya, 31350 Ipoh, Perak Darul Ridzuan
Tel: 012-5808546 / 05-3127437
Tarikh Lahir: 13.05.1947
______________________________

Pertama kali saya bertemu mata dengan Cikgu Amin Hamzah ialah semasa pertandingan silat antara MRSM di Gerik 3-4 tahun lalu.

Kebetulan pada masa itu, saya ke Gerik atas beberapa urusan kerja dan keluarga. Semasa pulang ke Kuala Lumpur ternampak banner besar mengenai pertandingan tersebut. Niat hati untuk menemui guru lama ini tercapai apabila beliau yang nampak kelihatan letih dan tidak berapa sihat mengagahi tubuh tuanya untuk hadir memberikan semangat kepada anak Gayong dan gurulatih beliau di Gerik.

Semangat sebegitu amat memberi tamparan yang agak pedih kepada golongan muda seperti saya ini. Semoga semangat beliau dapat memberikan kekuatan kepada para gurulatih beliau mahupun gurulatih muda sekarang agar memberikan sedikit komitmen masing-masing kepada perkembangan Gayong di Malaysia secara tidak langsung mengembalikan kekuatan dan kegahan nama Gayong sebagaimana di awal 60-70an dahulu. InsyaAllah.


1 comments »

  • kaza said:  

    rumah cikgu amin ni dekat ja dgn umah saya nih
    umah dia lorong 12
    umah saya lorong 7

  • Leave your response!