,

Orang Lama: Pak Long Rosli Sungkai

Tuesday, April 14, 2009 Leave a Comment

Dalam program Kembara KSSG ke Utara pada 1-2 Mei 2009 nanti, beberapa nama orang lama telah diambil dan dalam pertimbangan yang mana sempat kami singgah dan lawati. Namun bagi meramaikan lagi senarai kami bagi pertimbangan kerana mungkin ada perubahan rancangan kelak.

Bagi tujuan rekod dan kebaikan bersama, pihak kami akan memuatkan satu lagi bahagian artikel kami yang bertag "Guru Tua". Ini memudahkan rujukan rakan-rakan Gayong semua.

Pagi tadi saya menerima SMS daripada seorang rakan Gayong (PSSGM) memaklumkan satu nama orang lama di Perak iaitu di kawasan Sungkai. SMS diterima daripada Rizal (012-6303314) yang memaklumkan mengenai seorang Guru Tua dalam Silat Seni Gayong yang kini tinggal di Sungkai.

Guru Tua itu dikenali sebagai Pak Long Rosli Sungkai. Beliau boleh dihubungi melalui nombor telefon 016-5536185 @ 012-5393589.

0 comments »

Leave your response!