, ,

Fizikal & Kebatinan Dalam Latihan Kami

Thursday, June 18, 2009 Leave a Comment


Boleh saya tahu, sebelum di ajarkan silat ini, kebatinan diajar dulu ke?

Persoalan ini saya terima daripada pelatih dewasa yang ingin belajar silat daripada gelanggang kami. Ini bukan kali pertama dan persoalan ini akan berterusan ditanya lagi pada masa yang akan datang.

Seperti biasa saya ingin tegaskan (terhad kepada pandangan kami) bahawa Silat Seni Gayong adalah jenis silat perang yang ditekankan oleh ADMAR. Maka kekuatan dan pelajaran fizikal adalah utama dan kemudiannya tidak dinafikan mengenai kebatinan.

Cuma orang Melayu banyak sangat mistiknya maka bila disebutkan kebatinannya ini sudah tentu mengenai terbang, ghaib, laju berdesut dan lain-lain perkara mencarik adat.

Ingin kami tekankan bahawa latihan kami adalah 100% fizikal dan sebagai silat yang berasas umbikan Melayu Islam, maka penerapan ayat-ayat quran melalui bacaan dan petua amalan, itu biasalah. Tetapi kalau hendak cari yang pelik macam nak terbang atau ghaib, minta maaf mungkin kami tidak mampu menjanjikan sedemikian.

Memang kami akui bahawa kuasa Allah SWT antara Kaf dan Nun itu melampaui segalanya tetapi semuanya kehendaknya dan bertempat dan bersebab. Cuma jangan ghairah mencari sehingga kita sesat.

InsyaAllah sekiranya Allah SWT mengkehendaki sedemikian, semuanya akan hadir sendiri tanpa diminta. Cuma adakah kita mampu konsisten dengan latihan dan amalan yang diberikan.

Jangan khayal dengan mistik yang tidak bernas. Dibimbangi syaitan yang makin kita dekati.

0 comments »

Leave your response!