Hari Ini Genap 18 Tahun ADMAR Meninggalkan Kita Dengan Silat Seni Gayongnya
Tuesday, June 23, 2009
Hari ini adalah genap 18 tahun Arwah Datuk Meor Abdul Rahman meninggal dunia dengan meninggalkan pewarisnya melalui Silat Seni Gayong yang banyak berbakti dalam merubah masyarakat melayu Islam di Malaysia.
Harap dengan medium Silat Seni Gayong ini dapat kita meneruskan usaha dalam mendisiplinkan dan menyatukan masyarakat melayu dalam cara kita.
Semoga hari ini bukan setakat memikirkan soal kuasa dan adat dalam Silat Seni Gayong tetapi bagaimana ingin menaikkan Gayong secara berterusan agar pahala yang berterusan kepada guru-guru lama termasuk ADMAR. Selain itu diharapkan Silat Seni Gayong ini akan memberikan kesan positif dalam masyarakat kita.
Tetapi untuk menjayakannya, perlulah semua barisan tenaga Gayong untuk turun ke bawah. Membuka dan memakmurkan gelanggang. Yang muda boleh pergi jauh. Yang tua boleh memerhati dan menegur serta berpetua kepada yang baru.
Kalau bukan kita yang mulakan, adakah kita perlu tunggu silat ini disisihkan oleh bumi melayu baru kita tergopoh nak mengembangkannya.
al Fatihah buat ADMAR.