Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts
, , , , ,

SERTAI KELAS SENDI HARIMAU PERAK - WHATSAPP KAMI HARI INI

Saturday, July 16, 2022 0 comments


Cikgu Fairuz

 SERTAI KELAS SENDI HARIMAU PERAK - WHATSAPP KAMI HARI INI

Untuk sertai Sendi Harimau Malaysia (Perak) boleh hubungi Cikgu Fairuz di kawasan Manjung/Lekir/Sitiawan. Terdapat beberapa gelanggang di bawah latihan dan seliaan Cikgu Fairuz iaitu:
  • Gelanggang Lekir, Manjung (Kanak-Kanak/Remaja/Dewasa)
  • Gelanggang SMK Methodist ACS Sitiawan (Remaja/Kanak-kanak)
Pihak ibubapa atau pelajar/ Dewasa ingin sertai Cikgu Fairuz boleh hubungi di nombor talian: 017-4479323
Menerima pelatih silat daripada kanak-kanak, pejalar, remaja dan dewasa. Join kami hari ini!


Pelatih / Anak Gayong baru menyertai tahun 2022.
Pelatih lama di kawasan sebelah.


Read the full story

,

KATA ALUAN - PENGERUSI AJK PUSAT 2022

Thursday, July 14, 2022 0 comments

                               



Assalamualaikum wbrt

Bismillahirahmanirahim

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari kebajikan yang dikerjakannya. (Mereka berdoa), “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir.” - [Al-Baqarah: 286]

PKP selama 2 tahun membehentikan hampir keseluruhan aktiviti silat di gelanggang awam dan sekolah. Ini menjadikan aktiviti kebudayaan dan sukan silat dihentikan sepenuhnya. Namun PKP menjadikan norma baru apabila banyak waktu perintah berkurung dijalankan pertandingan silat secara maya, bukan sahaja menjadikan silat berevolusi baik tetapi mendekatkan hubungan antara negara-negara pesilat dengan lebih baik dan rapat tanpa protokol yang rigid.

Kami masih dalam usaha memperbanyakkan gelanggang dan meramaikan gurulatih di seluruh Malaysia dan dunia. Kepada yang berminat, hubungi lah kami untuk bersama-sama menaikkan silat dan mendidik sahsiah anak muslim kita seluruh dunia. Rapat dengan masyarakat dan memberikan kesan baik kepada mereka dan kita. dalam masa sama menerapkan kefahaman perlaksanaan silat oleh ulamak dan pendekar silam bagi mendidik dan menanamkan jatidiri dalam anak seagama kita sekaligus menjadikan medan dakwah.

Kami bukan sempurna tetapi doa kami dengan menjalankan aktiviti bergelanggang, agar diri dan akhlak kami dibaiki oleh masyarakat setempat. Tegurlah kami dan bantulah kami membaiki diri.

Kepada Allah kami berdoakan kebaikan untuk anda semua!

waAllahua'llam

MOHD HISHAM NAZIR
2022
Read the full story

, , , , , ,

PKPB - NOTIS PENUTUPAN LATIHAN SILAT DI NEGERI SELANGOR, PUTRAJAYA & KUALA LUMPUR (14-27 OKT 2020)

Monday, October 12, 2020 0 comments


Berminat nak join silat?
Berminat nak buat seminar self defense?
Berminat nak buat personal class?
klik dan msg kami - www.wasap.my/60109647931
.........................................................................................
Selaras dengan arahan Kerajaan Malaysia bagi melaksanakan PKPB di seluruh Negeri Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur yang mana turut melibatkan latihan ahli Sendi Harimau Malaysia, maka pihak Persekutuan dengan dukacita memaklumkan sebagaimana berikut:
O Semua latihan bagi ahli atau pusat latihan di Negeri Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur adalah dihentikan bagi tempoh tersebut:
O Pihak Persekutuan memohon kerjasama semua ahli mematuhi SOP dan bersama-sama membantu membendung wabak COVID19 sepanjang tempoh berkenaan;
O Latihan diteruskan secara persendirian atau melalui online adalah digalakkan.
Sepanjang tempoh PKPB, pihak persekutuan akan menyediakan beberapa video online bagi latihan dan keilmuan melalui sembang santai melalui laman Facebook Persekutuan.
Manakala latihan ditempat dan negeri tidak dikenakan PKPB, boleh diteruskan sebagaimana SOP yang dikenakan.


 

Read the full story

, , , ,

VIDEO BELA DIRI

Saturday, January 04, 2020 0 comments



Ada permintaan.
PERTAMA - Kenapa Sendi Harimau tidak buat video seni bela diri menerangkan tentang Sendi Harimau atau tentang teknik tertentu?
Jawapan - idea yg menarik dan telah dilaksanakan seperti susunan silibus dan telah disiarkan secara public di Youtube bagi rujukan kami sahaja. Video adalah tidak lengkap.
Manakala video teknik dan perkongsian am tentang silat sedang diatur. Cuma masalah pemilihan artis belum selesai 🤣
KEDUA - kenapa tidak siarkan kesemua temubual dengan guru lama dan cerita tentang hal-hal keilmuan dan sulit Seni Gayong?
Tidak boleh. Tidak akan dipertimbangkan. Rujukan sesama kami sahaja.
Read the full story

, ,

DIARI AKHIR 2019 SENDI HARIMAU PERAK

Tuesday, December 31, 2019 0 comments


Demo silat bagi meraikan Raja Sehari di Pasir Panjang, Manjung. Terima kasih atas jemputan kepada kami.
Kepada siapa nak demo silat atau menyertai silat di kawasan Manjung, Sitiawan & Lekir, sila whatsapp Cikgu Mohd Fairuz di - www.wassap.my/60174479323
Kepada yang bercadang nak buka gelanggang di mana-mana kawasan di sana atau berminat menjadi gurulatih, boleh hubungi kami.
Tahniah kepada Sendi Harimau Perak di bawah kelolaan Cikgu Mohd Fairuz.
Read the full story

, , , ,

WAJAH BARU 2020 - WEB WWW.SENDIHARIMAU.ORG

Thursday, December 19, 2019 0 comments



Alhamdulillah, beberapa data akan dimasukkan dengan bantuan staf yang ada.
Gurulatih boleh share post Facebook, Instargram dan Website dengan mudah. Semua gurulatih akan dimasukkan sebagai admin bagi mudahkan update berita. Kecik atau Besar!
Semoga bermanfaat!
Read the full story

, ,

KEEP STRONG!!!

Thursday, December 05, 2019 0 comments


KEEP STRONG!!!
Read the full story

,

MUSIM DEMO

Saturday, November 30, 2019 0 comments





MUSIM DEMO
Lagi demo silat oleh Sendi Harimau Perak di Sitiawan.
Orang sana boleh hubungi/dm @antifesto
Read the full story

, , ,

SILIBUS SILAT - KUANTITI ATAU KUALITI

Sunday, October 27, 2019 0 comments


Ada orang minta belajar parang.
Ditanya kenapa saya, bukankah ramai guru yg ada semua itu. Pendek cerita, saya tak boleh ajar tanpa rujukan guru asal kamu. Nanti apa pula kata mereka.
"Ajar sesat
Ajar buah syok sendiri
Memandai ajar orang, macam dia pandai."
Itu andaian kerana itulah melayu. Semua rasa pandai. Semua ada iri hati kepada melayu yang lain.
Parang sahaja dah ada buah asas panjang dan pendek. Asas elakan. Buah bunuh. Buah serang. Buah tangkap. Gulung. Semua permainan parang 1hingga 4.
Katanya guru ada parang dan rantai. Bukan parang lawan rantai tapi senjata dirantaikan. Sebagai asas kepada pemainan gada-gada yang kini tiada bunyi langsung dah.
Silibus Gayong banyak. Lengkap dan kompleks. Sebab org dulu belajar dan belajar. Orang sekarang fikir peringkat dan bengkung. Bukan nak belajar memanjang macam orang dulu-dulu. Kini ramai terikat dengan masa dan kerja.
Bagaimana nak imbangi kesemua kekuranga ini dengan memajukan silat. Sebagaimana mendidik, semua perkara ikut zamannya.
Bagaimana nak pastikan silibus seiringan dengan pelajaran. Agar tidak ketinggalan tetapi tidak pula dibebankan.
Semoga semua silat boleh maju ke depan.
Read the full story

, ,

KURSUS ASAS SEMBELIHAN

Tuesday, September 10, 2019 0 comments


Alhamdulillah, Ahad lepas kami jalankan kursus asas sembelihan yang mana didedahkan teori asas dan praktikal mengenai sembelihan.
Semoga bermanfaat kepada para gurulatih kami.
Read the full story

, ,

SEKOLAH TAHFIZ DISARAN AJAR SENI SILAT

Monday, September 09, 2019 0 comments


Dah makin ramai Tahfiz nampak silat medium dakwah yg baik. Bukan sekadar seni beladiri. Kalau ulamak main silat, kenapa kita pula yg kata khurafat.
Kalau ada nak buka gelanggang silat, boleh hubungi -
Persekutuan Seni Pusaka Gayong Persilatan SH Malaysia
Sekadar tukang promote!
Read the full story

, ,

KEMERDEKAAN GAYONG 1970

Monday, August 19, 2019 0 comments


Perarakan kemerdekaan Gayong tahun 1970. Melihat gambar ini, saya dapat merasakan kehebatan dan kegagahan pendekar Melayu yang berarak dengan penuh gagah. Saya juga beranggapan hadirin yang melihat perarakan Gayong ini tentu terpegun dan berasa takut dengan kegagahan pendekar-pendekar Melayu ini.
Gayong telah menutup dekad 60an dengan sejarah terahsianya sendiri dan membuka dekad 70an dengan perarakan ini. 70an merupakan era gemilang Gayong. Kehebatan Gayong telah diakui oleh orang-orang Melayu. Ramai orang Melayu mula menyertai Gayong pada dekad ini. Gelanggang-gelanggang dibuka serata segenap tempat dan ceruk bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Gurulatih jurulatih mengajar silat sepenuh masa dan gaji mereka dibayar oleh pemimpin-pemimpin Melayu yang mencintai Gayong.
Atas kehebatan yang ada pada Gayong, maka Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak telah menjadi murid Gayong. Sultan Perak, Sultan Idris juga menjadi ahli Gayong dan menjadi Sang Sepurba. Majoriti pemimpin-pemimpin negara ketika itu menjadi ahli Gayong. Pelajar-pelajar universiti yang bakal mentadbir negara juga ramai menjadi anak Gayong.
Ramainya menyertai Gayong kerana kepercayaan bahawa Gayong telah terbukti sebagai barisan kedua dalam perjuangan dan mempertahankan bangsa Melayu.
Jika ditanya guru-guru lama, mereka sepakat mengesahkan golongan Raja dan bangsawan, pemimpin-pemimpin masyarakat dan pentadbir kerajaan menjemput Gayong untuk membuka gelanggang dan mengajar Gayong. Gayong telah diberi kepercayaan untuk mengajar Tentera dan Polis seni mempertahankan diri. Gayong telah dipanggil untuk mengajar pejuang-pejuang Melayu cara-cara bertempur dan mempertahankan diri.
Inilah Gayong pada dekad 70an. Satu nama yang cukup gah di Malaysia. Atas kegagahannya, maka Gayong telah dijemput untuk menyertai perbarisan Hari Kemerdekaan, mewakili pendekar-pendekar Melayu, sebagai barisan kedua mempertahankan bangsa Melayu.
Saudara saudara SeGayong Ayuh kita ulang zaman kegemilangan INI!!!
Al-fatihah buat pejuang gayong yang telah pergi bertemu Allah..mudahan ilmu gayong yang dipelajari hari ini menjadi saham akhirat mereka...in shaa Allah..
Read the full story

, , , ,
Monday, July 01, 2019 0 comments


Fiqah Silat
*Guru Silat Melarang Murid Belajar Daripada Guru Yang Lain*
Mereka yang menceburi silat, kadangkala akan terdengar ayat; "Jangan belajar silat tu" atau "Jangan belajar dengan guru sekian".
Terdapat beberapa faktor hal ini berlaku. Ada yang hanya berlaku dalam silat yang sealiran dengannya, ada juga yang berlaku pada silat yang berbeza aliran. Sebelum membicarakan dengan lebih lanjut, berikut adalah faktor yang perlu kita fahami.
1. Dendam politik silat.
Ini bukannya berkenaan parti politik negara. Sebelum kita nak fahami isu ini, adalah baik kita fahami lumrah yang berlaku dalam persatuan silat. Berikut adalah contoh nama silat (hanya rekaan semata-mata);
Persatuan Seni Silat Hang Kasturi ditubuhkan oleh Mahaguru Fulan. Setelah Mahaguru Fulan mati, maka berlaku perpecahan dalam persatuan, kerana faktor perpecahan yang pelbagai. Maka ada bekas murid mahaguru itu yang buka persatuan baharu. Selalunya nama persatuan silat itu ada kaitan dengan nama persatuan yang diceburinya dahulu. Misalnya, Silat Warisan Kasturi, Silat Ustaz Kasturi, Silat Panglima Kasturi, Silat Limau Kasturi. Ada juga yang tidak memakai nama "Kasturi" dan guna nama lain. Apa-apa pun, kebanyakan isi pelajaran adalah sama dan ada sedikit perbezaan hasil kreativiti masing-masing.
Beginilah gambaran lumrah politik silat-silat Melayu. Sesetengah guru dalam persatuan Silat Hang Kasturi akan menghalang muridnya mengambil ilmu daripada persatuan Silat Limau Kasturi. Hal ini berlaku atas dasar "ilmu tak original", ada juga yang libatkan sanad perguruan silat yang "tak sahih" (what!?), ada juga yang bagi alasan mereka tak ikut upacara adat silat.
Apa-apa pun secara tersiratnya, mereka halang murid kerana ada dendam kesumat politik dalam silat. Ini merupakan punca paling utama yang menyebabkan guru silat yang menghalang muridnya daripada mengambil guru silat lain yang sealiran (tapi berbeza persatuan).
Perkara begini amat tidak sihat. Para sahabat Nabi Muhammad SAW tidak pernah menghalang orang lain untuk berguru dengan pelbagai sahabat nabi walaupun waktu berlakunya isu perpecahan politik yang mendukacitakan dalam sejarah.
2. Memonopoli murid.
Ada juga yang ingin memonopoli murid sama ada dari segi wang dan tenaga. Tujuannya mungkin untuk mendapatkan habuan duniawi.
Contohnya, ada seorang guru silat ini berbangga kononnya ada ratusan ribu murid. Mereka yang mendakwa sebegini selalunya akan dapat kabel dengan ahli politik, maka mudahlah dia membuat pengaruh besar.
Bahkan ada mahaguru yang sanggup ajar ilmu paling tinggi dalam persilatannya kepada guru silat aliran lain. Tujuan tersiratnya adalah agar dirinya dapat jalan pintas dengan mendakwa kononnya "guru silat lain menjadi muridnya".
Ada juga guru yang memarahi muridnya kerana buka persatuan silat baharu walaupun tidak memakai nama silat asal. Hal ini terjadi tak lain tak bukan kerana tidak mahu ilmunya mudah tersebar dengan jenama lain. Perbuatan guru tersebut sebenarnya melanggar hak asasi muridnya yang dibenarkan di sisi undang-undang untuk membuka persatuan silat. Bahkan dari segi penilaian syariat Islam juga tidak menjadi masalah.
3. Menanamkan ketaasuban/ fanatik murid terhadap guru.
Perkara ini sering dilakukan oleh jurulatih-jurulatih silat yang menanamkan ketaasuban ke dalam dada murid tentang kehebatan mahaguru/ guru utama mereka. Tiadalah menjadi masalah jika perkara itu benar. Yang menjadi masalah adalah mengaitkan isu politik silat dan menambahkan unsur fitnah serta merendah-rendahkan guru silat lain.
Inilah 3 faktor utama dan di bawahnya boleh dipecahkan kepada beratus aneka karenah mereka.
Sikap Matang
Nabi Muhammad SAW walaupun seorang rasul, tetapi baginda tidak melarang para sahabat untuk menceritakan riwayat dari Bani Israel. Rasulullah SAW bersabda:
حَدِّثُوا عَنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَلَا حَرَجَ
"Ceritakanlah (riwayat) dari Bani Israel, tidak mengapa". [Sahih al-Bukhari]
Keizinan Rasulullah SAW ini bukanlah untuk meninggalkan wahyu tulen yang turun kepada baginda. Akan tetapi, baginda tidak membuka pintu ketaasuban melampau kepada agama Islam sehinggakan tidak mengambil tahu hal lain. Dan juga bukanlah untuk membenarkan apa yang ada pada Bani Israel, akan tetapi untuk menampakkan lagi kebenaran baginda SAW.
Manakala bagi kita manusia biasa, boleh jadi kebenaran itu ada pada kita atau pada guru lain. Tiada satu manusia pun yang terlepas daripada kecacatan. Hammad bin Zaid berkata:
إنك لا تعرف خطأ معلمك حتى تجالس غيره
“Sesungguhnya kau tidak akan tahu kesalahan gurumu sampai kau duduk (berguru) dengan yang lain”.
[Jaami’ Bayan al-‘Ilm wa Fadhlih (1/414, no.607)]
Inilah semangat ulama Islam yang tidak mahu membuka pintu ketaasuban.
Al-Imam al-Syafie sangat tidak senang apabila ada orang yang fanatik terhadap ajarannya. Sehinggakan beliau berkata:
إذا وجدتم في كتابي خلاف سنة رسول الله صلى الله عليه وسلم فقولوا به ودعوا ما قلته
“Apabila kalian menemukan dalam kitabku ajaran yang menyelisihi sunah Rasulullah SAW, maka ambillah sunah tersebut dan tinggalkanlah pendapatku”.
[Siyar A’lam al-Nubala, (10/34)]
Beliau juga mengambil faedah dari ulama beraliran ahli hadis seperti al-Imam Malik & Sufyan Bin Uyainah dan juga dari ulama beraliran ra'yu (suka pakai logik) seperti Muhammad bin al-Hasan al-Syaibani (mazhab Hanafi).
Namun begitu, beliau tidak menyekat pemikirannya untuk mengikuti salah satu dari dua aliran tersebut bahkan beliau sentiasa kritis terhadap kedua-keduanya. Inilah semangat ilmu yang mampu membuatkan silat Melayu maju. Manakala sikap guru menyekat pelajar lain ialah sikap yang memundurkan.
Jika dikatakan; "Belajar tukar-tukar guru tak istiqamah dan tiada prinsip". Maka saya jawab;
Al-Imam al-Tohawi pengarang kitab akidah yang diterima oleh semua ulama, dahulunya belajar fiqah Syafie. Tapi akhirnya dia beralih kepada mazhab Hanafi dan menjadi jaguh dalam mazhab baharunya itu.
Al-Imam al-Tohawi "tak istiqamah" pada awalnya adalah agar dia terus istiqamah untuk memilih mazhab yang sesuai dengan prinsipnya setelah belajar dengan pelbagai aliran dan mengkaji semuanya. Terkongkong dengan satu aliran bukanlah istiqamah namanya, bahkan katak bawah tempurung.
والله أعلم
Copy n paste daripada FB Jazwan Kahar
Read the full story

, , , ,

MENSYUARAT AGUNG SH KE - 5

Wednesday, April 17, 2019 0 comments



Read the full story

, , ,

PERTAMBAHAN GURULATIH DI LEMBAH KLANG

Sunday, April 14, 2019 0 comments



Alhamdulillah, akan berlaku lagi penambahan gurulatih di Lembah Klang bagi Sendi Harimau. Malam tadi 3 gurulatih baru datang berlatih silibus senjata simbat dan pisau.
Apa pun perkembangannya nanti, pihak Persekutuan amat berharap ini akan memberikan satu impak yang baik dengan usaha Persekutuan untuk menubuhkan lebih banyak gelanggang di Malaysia bagi mendidik generasi muda muslim dan juga masyarakat yg lain.
Pesan saya, tanamkan niat ikhlas untuk kembangkan silat seperti untuk dakwah, kesihatan, silaturrahim, kemasyarakatan dan menyebarkan kebaikan. Selebihnya Allah SWT akan ganjarkan.
Silat bukan wadah untuk tunjukkan kehebatan dan berbangga dengan pencapaian. Ditegaskan bahawa Seni Gayong ini adalah seni perang. Maka fahami maksudnya.
Seni Perang bukan bermaksud ganas, hebat, kasar dan pandai bersilat. Tapi lebih kepada bagus agama dan amalannya. (Cari artikel lama pasalnya)
InsyaAllah ada lagi 2 pertambahan untuk jadikan 5 gurulatih baru?.. doakan yang baik-baik. Anak muda turun berpeluh di gelanggang pun kami sudah cukup seronok.
Kalau setiap orang ada satu gelanggang, dah 5 gelanggang baru. InsyaAllah, moga Allah permudahkan urusan kami.
NOTA: Semalam ulangkaji pelajaran asas pisau dan tongkat. Daripada 7 asas, kami silibuskan 4 asas. Manakala 3 asas lagi kami khaskan untuk gurulatih Merah dan Kuning.
Read the full story

, , , ,

LATIHAN DI SEKOLAH-SEKOLAH SELURUH MALAYSIA

Friday, April 12, 2019 0 comments




Sendi Harimau kini dalam program mencari dan melatih para gurulatih baru dalam menubuhkan kelab/persatuan silat di bawah Sendi Harimau bermula 2019.
Program gurulatih akan dibangunkan melalui Kursus Gurulatih yang bakal dibuat secara tour ke seluruh Malaysia bermula 2 minggu lepas.
Surat komunikasi dengan pihak Kementerian telah dibuat bagi memberikan para gurulatih baru semangat extra dalam membangunkan silat dan sahsiah serta harapan generasi baru melalui silat.
Semoga impian direalisasikan.
Semoga berjaya..
NOTA: Para gurulatih boleh lihat surat kepada Kementerian dan JPN di drive emel. Terima kasih.
Read the full story

, , ,

PERSEKUTUAN & CAWANGAN KHAS PDRM

Wednesday, April 10, 2019 0 comments




Setiap tahun dan program akan dimaklumkan kepada SB tentang aktiviti dan senaraian terkini gurulatih rujukan kawasan-kawasan tertentu. Mungkin sebab ini, urusan melibatkan polis dan SB kepada persekutuan banyak dipermudahkan. Setahun lebih kurang 13 pusat SB dimaklumkan bagi kebaikan perjalanan Persekutuan.
Senaraian rujukan gurulatih dan aktiviti tidak wajib dilaporkan jika tidak perlu dan jika hanya aktiviti biasa. Tetapi polisi Persekutuan, laporan untuk mudahkan kami dikenali oleh pihak polis dan bekerjasama di masa depan.
Kesemua gurulatih kami adalah mereka yang berpelajaran baik, disiplin tinggi dan taat peraturan negara.
Cuma tahun ini tambah 2 perkara:
Persekutuan buka penyertaan kepada semua bangsa dan agama;
Gurulatih kami semuanya merokok pun tidak.
Ya, gurulatih kami tidak merokok! Bukan nak condemn yang merokok. Tapi Alhamdullilah, ada hikmah banyak apa yg berlaku dan merubah kami semua.
Read the full story

,

MEMANAH - ANAK MELAYU MAMPU

Friday, January 18, 2019 0 comments

MEMANAH - ANAK MELAYU MAMPU
Alhamdulillah memecah monopoli hungary dalam kedudukan pemanah terbaik.
About This Website
BHARIAN.COM.MY
• Siapa sangka seorang anak Melayu dari Malaysia mampu memecah monopoli pemanah Hungary yang sekian lama mengungguli kejohanan HDH-IAA World Historical Traditional Archery, yang dikuasai negara itu sejak dua dekad lalu.
Read the full story

PERTABALAN SULTAN PAHANG


Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdullah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah atas pemasyhuran sebagai Sultan Negeri Pahang Darul Makmur yang ke-6.

Allahuakbar !
Daulat Tuanku !
 — at Laman Sendi Harimau Read the full story

KENAPA NAK BELAJAR SILAT, BUKAN PENTING.

Thursday, January 10, 2019 0 comments



Belajar silat belum tentu hebat atau mampu pertahan diri. Tetapi dengan belajar, ia boleh jadi asbab kita pandai dan boleh pertahankan diri.

Sama dengan kerja. Dengan kerja boleh jadi asbab kepada pendapatan. Tak kerja, tiada sebab logik utk pendapatan.
 — at Mahkamah Kuala Kubu Bharu.

Read the full story