Patut Atau Tidak Ayat Amalan dan Perubatan Islam Diselitkan Dalam Pelajaran Kami

Monday, June 08, 2009 Leave a Comment

Kami sejak tahun lepas menerima cadangan untuk memasukkan beberapa ayat amalan yang nas sahih sebagai amalan dan hafalan anak Gayong di Puchong. Namun perkara ini tidak pernah kami suara dan buat perbincangan khas.

Cuma saya ada kumpulkan ayat-ayat lazim yang menjadi hafalan dan lazim sebagai amalan serta pengubatan Islam. Tetapi perkara ini tidak pernah diselitkan pada mana-mana masa. Tetapi bermatlamatkan syariah sebagai matlamat utama kami, kami tidak menolak untuk menghantar atau mendidik mana-mana pihak dengan perubatan Islam pada masa hadapan samada melalui apa yang ada pada kami atau menghantar kepada guru lain.

Pihak saya peribadi juga bersetuju sekiranya ayat-ayat tersebut boleh dihafal dan digunakan dalam sembahyang pun sudah memadai. Sekurangnya anak Gayong terdidik dengan ayat lazim dan tidak agak janggal dengan penggunaan ayat lazim Quran. Tambahan ayat-ayat tersebut sedikit sebanyak boleh mendakwah peribadi anak gayong ke arah yang lebih baik dan berminat kepada Quran.

Saya tidak nafikan ramai kini Anak Gayong termasuk yang mempunyai hubungan dengan kami mempunyai pengalaman dan ilmu perubatan Islam, tetapi buat masa ini kami tidak mahu mencampur adukkan perkara luar dengan silat sehingga mendatangkan fitnah.

TETAPI kami bersedia menyediakan platform dalam apa jua bentuk bagi disiplin masyarakat yang tidak bertentangan dengan syariah dapat disebarkan atas apa nama ilmu sekali pun. Ini telah pun kami laksanakan melalui ilmu Bekam Sunnah dan Kiropraktik.

Ilmu urutan pula bakal menyusul. Mungkin perubatan Islam juga bakal kami anjurkan. Mana tahu dengan kehendak semasa dan kepentingan Ummah dan anak gayong itu sendiri. InsyaAllah.


1 comments »

  • Anonymous said:  

    benda baek takper nak masuk byk mana pun. Boleh minta amalan sikit ker cikgu-cikgi kekeke

  • Leave your response!