ADMAR Yang Cederakan Bruce Lee?

Wednesday, February 24, 2010 Leave a Comment

stuju!! semua org time tu citer pasal Dicky Zulkarnain yg pukul bruce lee.. apedaaa.. silat gayong taik kucing.... bangsa kita ni mmg best kalo pakar buat2 citer dongeng..

majoriti kat sini masih ingat kan ngan kisah Dicky Zulkarnain? bapak aku yg citer kisah ni waktu aku masih kecik2.. [artikel asal]

Saya tidak masuk Gayong lagi masa perkara ini hangat diperkatakan. Malah rasanya penulis yang menyatakan sedemikian juga masih kecil.

Secara akademik dan melalui pengetahuan serta pengalaman peribadi berGayong dan bersama guru-guru lama Gayong, saya ingin menjawab perkara di atas sebegini;

Dalam Silat Seni Gayong selepas rombongan Gayong tiba di Malaysia daripada luar negeri mahupun selepas kematian Bruce Lee, Arwah Datuk Meor Abdul Rahman (ADMAR) tidak pernah menceritakan apa jua yang berlaku atau dikatakan berlaku antara beliau dan Bruce Lee.

Selepas kematian Bruce Lee, timbul cerita bahawa kematian tersebut diakibatkan ekoran serangan oleh Dicky Zulkarnain. Rasanya semua orang mengetahui mengenai cerita sebegini. Malah saya yang dibesarkan di Kelantan turut dihidangkan dengan cerita sedemikian.

Nama ADMAR selaku seorang Mahaguru Seni Gayong tidak pernah disebut langsung dalam mana-mana versi cerita.

Cerita ini tersebar luas di seluruh Malaysia dan diceritakan berulang-ulang kali oleh masyarakat kita dan kita terus sebati dengan cerita tersebut yang mana cerita sebegini turut diketahui oleh Dicky Zulkarnain.

Pendek cerita, kenapa tetiba nama Mahaguru Seni Gayong disebut sebagai watak utama dalam perlawanan dengan Bruce Lee selepas kematian beliau.

Beberapa orang guru lama Seni Gayong tidak endah apa orang nak cerita mengenainya. Cuma kata mereka, jawapannya ada di muka depan Utusan Melayu (kalau tidak silap) selepas perhimpunan di Stadium Merdeka apabila sehingga hari tersebut ADMAR tidak pernah menyebut apa-apa dan Dicky Zulkarnain dikatakan pada hari itu menafikan cerita yang biasa kita dengar sebaliknya Bruce Lee dicederakan apabila mencabar guru silat tanah melayu dan beliau ada di sini (pada masa tersebut ADMAR di situ).

Samada Bruce Lee mati kerana kecederaan tersebut, tidak dapat dipastikan kerana mati dan hidup bukan kerja kita. Cuma rasanya isu siapa menyahut cabaran Bruce Lee sejurus kematiannya, adalah suatu isu sudah selesai tetapi saya berminat sekiranya ada versi lain.

Ingin kepastian? Cuba cari keratan akhbar di Arkib Malaysia.

Yang pasti, ADMAR tidak memulakan cerita ini kecuali ada versi yang dipercayai untuk disumbangkan di sini.

5 comments »

  • SH said:  

    Menarik bila ada org kata ADMAR ditewaskan oleh seorang guru silat seberang yang kata ADMAR kata Gayong hebat. Ada sesiapa pernah dengar tentang ini, sila kongsi...

  • Anonymous said:  

    jawapan yg agak liberall bagusss

  • Anonymous said:  

    aku mencari mahaguru silat sendeng malam ba' alif lam alif.. menjual tidak membeli pun tidak,sekali dapat tak lepas..itulah cogan kata silat sendeng malam B.A.L.A.siapa yang mencari BALA dia nahas.

  • Anonymous said:  

    Nak promosi salah tempat ni. Dah tahu Gayong, apa ke hal nak cari sendeng pulak. Kalau kata Gayong Fatani, boleh la lagi. kalau silat tu hebat, dok la barisan depan perang..

  • Anonymous said:  

    Orang melayu nie senang je,tunggu berulang balik 13 mei baru la nak terhegeh-hegeh cari silat. Tengah aman,tidur nyenyak dibuai isteri, makan sedap,bebas sana sini bolehlah sombong takbur bercakap silat takleh pakai dalam kehidupan. Para pejuang silat melayu jgn putus asa, kita tunggu dan lihat lepas nie,sejarah akan berulang balik.

  • Leave your response!