,

Majlis Perlimau Tapak - 02.05.2010

Wednesday, May 05, 2010 Leave a Comment

Cikgu Shams mempengerusikan majlis dan memberikan taklimat ringkas sebelum majlis dimulakan.
Majlis Adat Perlimau kali ini KSSG menjemput seorang guru lama Seni Gayong, Cikgu Ismail bin Chik (Pulau Pinang) yang mendapat pelajaran terus daripada ADMAR dan telah berGayong selama 51 tahun tanpa henti satu hari dengan kegiatan silat ini. KSSG datangkan terus daripada Pulau Pinang.

Penyediaan limau nipis bersama akar beluru/sintok di ketuai oleh Cikgu Hazil & Cikgu Along Shahril
Majlis diadakan di Dewan Masyarakat Bukit Puchong, Puchong pada 02.05.2010 bermula pada jam 8.30 pagi dengan sessi pendaftaran dan penyediaan alatan majlis. Kehadiran adalah menjangkau 150 orang termasuk para penjaga.

Nasihat orang lama kepada generasi baru.
Selain taklimat mengenai majlis adat perlimau, beberapa nasihat turut diperturunkan. Perbincangan mengenai Seni Gayong mahupun masa depannya diteruskan di meja makan selepas majlis. Beberapa nasihat dan poin penting dalam perbincangan akan disiarkan kelak.

Alhamdullilah, majlis berjalan lancar tanpa apa jua masalah
Majlis tamat pada jam 12.30 tengahari termasuk jamuan makan kepada tetamu yang hadir. Pihak kelab mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada kehadiran Cikgu Ismail dan juga para penjaga termasuk beberapa taiko Silat Cekak Malaysia selaku penjaga kepada beberapa ahli kami.

6 comments »

  • anak murid lama tak turun gelanggang said:  

    Cikgu mail yg sentiasa muda trang tang2

  • Unknown said:  

    sahabat ambo cikgu shams ni tetap maintain je body...
    syabas dan tahniah dalam memperkenalkan orang lama gayong di mata anak gayong yang baru.

    www.khalifahgayong.wordpress.com

  • SH said:  

    Cikgu Ismail Chik memang muda. Uban pun tadak lagi!

    Body makin besar Nik..

  • Klokklak said:  

    Salam AnakGayong SEMUA!

  • ViProlabs said:  

    salam...hahak..patut2 la cikgu sham niee..takdak uban tak semestinya muda...
    tapi cikgu Mail mmg tak kaler pun rambut dia tu..cuma mungkin ssb beliau tak suka pikir banyak kot bila ada masalah..ada ja problm r tension cikgu turun ja glangang g ngajar..ilang sume tension..kiranya petua awet muda nie..jngn suka pikir bnyak n prbanyakkan la turun padang brsilat selalu..pasti muda selalu..tul tak?? hahak...

  • SH said:  

    Itu la... kalau saya tak turun gelanggang rasanya makin banyak la uban saya. Belum sampai 35 tahun dah beruban ni.

    Kalau boleh maintain rambut macam Pakndak Majid dan Cikgu Mail dan maintain body mcm cikgu Awang Daud.

  • Leave your response!