Pesan Orang Tua - Bengkung Besar, Pangkat Gurulatih, Tetapi Jalan Mendada & Masyarakat Hilang Hormat

Sunday, May 09, 2010 Leave a Comment

Cikgu Ismail bin Chik telah mengajar Seni Gayong sepanjang 51 tahun. Kita bagaimana?

Pesan seorang guru tua kepada kami baru-baru ini. Tetapi pesan hadir dalam pertanyaan."Cuba tengok pesilat kita ke pesilat mana pun, kenapa depa ni semua keras kepala. Ego, disiplin yang kurang?" tanya Cikgu Mail sambil memandang beberapa gurulatih.

Sambung Gurutua ini yang pesilat sekarang ini hilang satu cabang kesedaran ilmu dan ilmunya amat singkat. Maka bila dah boleh main senjata, dah tinggi bengkungnya, mereka ingat mereka hebat. Mereka ini masih tidak belajar apa itu Gayong.

Dalam mencari ilmu baik daripada segi kelebihan dan kelemahan. Lebih banyak diperolehi daripda mengajar maka gurulatih tanpa mengajar takyah sembang.

Gurutua ini mengkritik dengan menyatakan cuba perhatikan dengan mengajar kita banyak belajar. Kita belajar daripada kesilapan anak murid kita. Langkah sumbangnya. Perangai tak senonohnya. Maka setiap hari kita akan diajar dengan pelbagai bentuk pelajaran yang boleh digunapakai dalam kehidupan seharian.

Cuba cakap kat saya nama sorang gurulatih yang betul-betul mengajar, tapi kurang ajar dan disiplin bermasalah dan masyarakat tak hormat! kata gurutua sambil memandang Cikgu Shams dan beberapa gurulatih kanan seperti Abang Noor "Geting".

Antara lain yang ditekankan mengenai kegurulatihan ini, gurutua ini memberikan ingatan bahawa jangan sesekali berpegang bahawa Seni Gayong ilmu keramat seolah tiada lagi kehebatan berbanding ilmu seni beladiri ini tetapi ingat bahawa yang hebat itu adalah pesilat. Bukan Seni Gayong. Kalau pesilat itu berlatih maka hebatlah dia.

Antara kehebatan Gayong adalah di dalamnya ada pelbagai perkara yang mendidik kita. Kalau belajar puluhan tahun sekalipun tetapi kalau disiplin kita orang pertikai. Masyarakat tidak memandang hormat pada kita. Maka anda belum lagi belajar Gayong.

Cuba fikir dan selami di mana kita.

0 comments »

Leave your response!