Permohonan Lawatan Ke KSSG
Thursday, August 12, 2010
Leave a Comment
Panglima, Pengawal Istana dan Tukang Bunuh dalam satu upacara "hukum bunuh" dengan cara melayu lama.
Pihak kami mengalu-alukan sebarang lawatan atau kunjungan baik ke tempat kami samada gelanggang luar ataupun di pejabat KSSG. Alhamdullilah, sehingga kini lebih 5 orang guru tua telah sampai ke tempat kami dan ramai guru-guru muda sempat menyinggah bertanyakan khabar tanpa mengira mana-mana pertubuhan Seni Gayong kita berpayung.
Sekiranya kami boleh dijadikan motivasi kepada anda mahupun boleh dijadikan rakan sahabat, kunjungan anda amat kami nantikan.
Cuma kami cadangkan agar makluman awal dapat diberikan kepada kami agar persediaan boleh dilakukan. Setidaknya tempat kami tidak bersepah. Ataupun mungkin pada hari tersebut kami mempunyai program lain atau latihan luar yang ditetapkan.
Awal Ramadhan ini, masih ada beberapa orang guru muda menyatakan hasrat sekiranya mereka boleh menyinggah untuk berkawan. Pada kami, apa salahnya. Buangkan nama pertubuhan mahupun sempadan sekiranya pernah dicanangkan oleh mana-mana gurulatih anda, kita hadir bersembang membicarakan soal Seni Gayong mahupun soal dunia. Kita kan Anak Gayong.

Apa relevan dengan gambar di atas?
"Mereka pun nak datang!"
"Mereka pun nak datang!"
0 comments »
Leave your response!