, ,

Penerimaan Ahli Di Vista Pinggiran, Seri Kembangan Pada Latihan Pertama.

Saturday, March 26, 2011 Leave a Comment


Minggu lepas semasa pendaftaran dan latihan pertama ditetapkan, pihak penganjur dan kami telahpun berjaya untuk mendaftarkan lebih kurang 25 orang pesilat baru terutama daripada kalangan kanak-kanak sekolah. Masih ada lagi permintaan khas daripada golongan dewasa.

Malah ramai daripada mereka telahpun menempah pakaian silat dan kelengkapan bagi latihan seterusnya pada minggu ini.

Pihak kami berharap dengan kain rentang yang bakal dinaikkan pada hujung minggu ini akan memberikan respon yang lebih baik kepada gelanggang di sana.

Menurut Mudir Darul Huffaz selaku penganjur bersama dengan surau Apartment Vista Pinggiran yang juga seorang anak Gayong dan bekas pesilat Negeri Kedah menyatakan hasrat dalam memenuhkan dewan berkenaan dalam sebulan dua ini. Anggaran keahlian yang dirancangkan oleh pihak mereka ialah 100 ahli pada permulaan latihan di tahun 2011 ini.

Latihan akan di adakan setiap AHAD, 9.00 pagi di Dewan Badminton, Apartment Vista Pinggiran, Pinggiran Putra, Seri Kembangan. Maklumat lanjut, boleh hubungi: 014-9933774.



0 comments »

Leave your response!