, , ,

Latihan Silat Di Gelanggang Putra Heights, Subang Jaya. Setiap Ahad, 8.30 Pagi.

Saturday, May 07, 2011 Leave a Comment


Latihan Silat Seni Gayong di bawah Kelab Silat Seni Gayong (KSSG) di Taman Putra Heights di bawah jagaan dan latihan Cikgu Malik (gambar di atas) berjalan lancar dan keahlian semakin hari semakin bertambah dan latihan juga semakin rancak untuk mengejar program ujian bengkung secara berkelompok kelak.

Latihan yang dikendalikan oleh Cikgu Malik dan dibantu oleh Cikgu Nick lebih ceria berbanding dahulu apabila aktiviti dan gelanggang tersebut semakin dikenali ramai.

Sehubungan dengan itu, pihak kelab juga mengambil kesempatan agar pihak yang terbabit dan berkaitan di Taman Putra Heights dapat bersama-sama kami mempromosikan gelanggang silat di sana agar lebih ramai anak muslim kita menyertai latihan Silat Seni Gayong sebagai alternatif terbaik menggunapakaikan martial art sebagai pendisiplin anak muda berbanding memilih seni beladiri asing.

Latihan Gelanggang Taman Putra Heights adalah seperti berikut:

GELANGGANG TAMAN PUTRA HEIGHTS, SUBANG JAYA
DEWAN MPSJ, TAMAN PUTRA HEIGHTS (TEPI SURAU BAITURRAHMAN)
SETIAP AHAD, 8.30 PAGI
HUBUNGI: 012-6974103/014-6690545






1 comments »

  • Anonymous said:  

    Saya baru nak sertai tapi nak confirm ada lagi tak tempat ni?

  • Leave your response!