Komitmen Oh Komitmen!

Monday, February 06, 2012 Leave a Comment

Gambar Cikgu Hazil semasa Kembara Ke Utara beberapa tahun lepas

Sebenarnya komitmen bukan perkara yang susah untuk terus berada dalam Seni Gayong mahupun berlatih bersama dan turun mengajar dan membantu mengajar demi perkembangkan Seni Gayong dan peramaikan ahli yang ada. Dalam masa yang sama menaruh minat anak muda melayu kepada silat, tetapi di mana silapnya kita dalam meneruskan perjuangan sekerdil ini.

Antara persediaan untuk memberikan komitmen, pesilat perlu ada beberapa elemen -
Sedia berkorban masa, tenaga dan wang - kalau tidak sanggup, anda tidak patut belajar Seni Gayong dan memasuki gelanggang kerana seorang guru akan merugikan masanya dengan mengajar anda kerana ilmunya tidak akan berkembang mahupun pahala kepadanya.

Sanggup menerima cabaran dan malasah yang bakal timbul dalam apa jua sudut terutama pentadbiran dan kata mengata.- kalau anda tidak sanggup menghadapi tekanan dan masalah serta mampu melunturkan hati orang sekeliling dengan gaya komitmen anda yang tinggi. Anda bukan sahaja tidak bersedia untuk silat. tetapi semua perkara.

Tetapkan matlamat asal dan jalankan amanah sebagaimana dimatlamatkan. - antara matlamat yang penting untuk diketengahkan ialah kenapa kita berGayong. Kita turun mengajar bukan kerana duit, pangkat atau kuasa tetapi sekadar mencari pahala berterusan dengan penurunan ilmu dan seterusnya. Dengan himpunan anak muda sebegini bukan sahaja memberikan kesan baik kepada Islam tetapi akan menjamin disiplin anak muda yang lebih baik.

Antara masalah yang biasa membuatkan guru-guru silat give-up untuk meneruskan perjuangan dalam mengembangkan Seni Gayong -
Masalah Kewangan - ramai gurulatih mempunyai masalah kewangan membuatkan sekiranya ada perkara yang lebih baik dari sudut kewangan, gurulatih akan berfikir 2 kali. Kewangan bukan bermaksud tajaan tetapi bayaran yuran dan juga insentif daripada pertubuhan sendiri dalam menjana kewangan kepada gurulatih. Rasanya masalah ini telah KSSG atasi dengan cara tersendiri.

Masalah Pentadbiran - Tanpa pentadbiran yang baik dariapda gurulatih mahupun daripada pusat, hubungan kedua ini akan memberikan impak negatif kepada perjalanan gurulatih berkenaan.

Masalah Tukang Sibuk - Orang melayu memang suka mengata dan mengutuk. Tanpanya rasa sunyi sebagai Melayu. Daripada berbuat perkara yang tidak memberikan keuntungan kepada keluarga dan sudut kewangan, kena kutuk hina pula, gurulatih lebih suka memilih jalan singkat. Buat apa pening kepala. KSSG tidak dapat atasi perkara ini memandangkan KSSG juga sering menjadi bahan umpat. Tetapi back up yang ada cukup tidak menjatuhkan semangat kami.

Masalah Promosi & Sikap Masyarakat - Promosi antara perkara yang memerlukan masa dan kewangan yang baik. Dalam masa yang sama tanpa sokongan kewangan dan teladan serta keperibadian baik dalam prmosi akan memberikan kesan buruk kepada mana-mana Seni Gayong. Kewangan gurulatih pula terhad dan semangat tidak mampu menjamin kesinambungan kecekalan. Masyarakat juga perlu disedarkan dengan kepentingan silat mahupun sumbangannya dalam Islam di tanah air ini dalam menjadikan Masyarakat kita sendiri celik silat. Apa pusat anda dah buat mengenainya?

Tapi berhati-hati kerana dalam Seni Gayong selain daripada komitmen ikhlas, masih banyak yang pandai bercakap menggunakan saki baki skill yang ada untuk mendapatkan tempat di hati Anak Gayong dengan menggunakan kepelbagaian kepandaian untuk mendapatkan gelaran, sandang dan kepercayaan orang.

Pendek cerita, tetapkan niat yang baik dan teruskan berjuang. Biarlah ia menjadi bekalan.

0 comments »

Leave your response!