Zikir Qulhu - Dalam Latihan
Tuesday, June 12, 2012
Leave a Comment
Bagi menggalakkan zikir basah di lidah Anak Gayong KSSG, setiap malam jumaat akan diadakan zikir sebelum latihan dimulakan. Masa yang diambil adalah tertakluk kepada gurulatih samada meletakkan masa atau jumlah zikir. Zikir wajib adalah zikir surah Al Ikhlas. Majlis zikir ini akan diwajibkan dan tidak dibenarkan lawatan orang luar pada berkenaan.
Kepada latihan hari yang lain, tertakluk kepada budibicara gurulatih. Tetapi digalakkan juga. Sedikit demi sedikit harapan kami beberapa amalan dapat diturunkan sepenuhnya daripada amalan yang diberikan oleh beberapa Tuan Guru kepada pihak KSSG.
Bak kata Pakngah Ali "bekal dengan Allah memang lambat. Kalau Allah bagi menjadilah.Tak sama dengan Hantu Raya, minta terus jadi"
0 comments »
Leave your response!