, ,

Majlis Iftar KSSG (Latihan Dewasa) 2012

Sunday, August 12, 2012 Leave a Comment


Terima kasih buat semua pelatih dewasa yang sudi hadir semalam bagi sama-sama berbuka puasa di Haji Hassan Nasi Ayam Kampung. Dalam kesibukan urusan kerja dan keluarga, pihak KSSG telah menempah untuk 12 orang yang sahkan kehadiran tetapi Alhamdullilah beberapa rakan yang awalnya tidak dapat hadir turut sempat meluangkan masa disebalik kesibukan.


Sebagaimana biasa, Iftar KSSG 2012 turut ditaja sepenuhnya oleh KSSG. Selepas berbuka, masing-masing bersolat jemaah di surau disediakan sebelum beredar pulang dan kemudiannya hadir untuk latihan biasa pada jam 10.00 di Pusat Latihan KSSG, Puchong.


Sementara menunggu waktu berbuka, beberapa isu dan perkara dapat dibincangkan sebelum latihan silat cuti untuk memberikan laluan kepada Aidilfitri.

0 comments »

Leave your response!