,

Premanagement Menu - Barbeku Raya

Tuesday, August 14, 2012 Leave a Comment

Abang Zaki Ganung, kopiah hijau

Atas permintaan dan persetujuan ramai, KSSG tahun ini mengubah tema Majlis Gelanggang Terbuka & Silaturrahim Seni Gayong yang mengadakan ala rumah terbuka sepanjang satu hari kepada satu jamuan secara barbeku selepas maghrib sehingga jam 12.00 tengah malam. 

Majlis Barbeku & Silaturrahim Anak Gayong akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 08.09.2012 (Sabtu)
Masa: Selepas Maghrib
Pakaian: Baju Raya, cantik dan mempersonakan.
Menu Utama: Seekor Kambing (sedang diusahakan 2 ekor), Ayam dan apa yang patut bersama air 3 rasa.
Menu Tambahan: Pot Luck
Yuran: RM10.00 (Ahli KSSG sahaja)
Hadirin: Ahli KSSG & jemputan

Kepada ahli yang DIWAJIBKAN membawa pot luck, sila berurusan dengan pengarah program, Abang Zaki Ganung untuk chup menu pot luck anda supaya tak bawa menu yang sama.

Jumpa di sana.

0 comments »

Leave your response!