Terima Kasih Atas Sokongan & Kehadiran Ke Majlis BBQ Raya & Silaturahim KSSG 2012
Monday, September 10, 2012
Leave a Comment
Pihak KSSG mengambil kesempatan untuk ucapkan tahniah buat pengelolaan Majlis BBQ Raya & Silaturahim KSSG 2012 terutama kepada pengarahnya Abang Zaki "Ganung". Begitu juga kehadiran dan kerjasama pihak anak Gayong daripada KSSG sendiri.
Tidak lupa juga atas sokongan rakan-rakan seGayong biarpun berbeza pertubuhan mahupun berbeza pentadbiran yang sudi hadir memeriahkan majlis kami pada malam tersebut.
Semua makanan ayam bakar mahupun kambing bakar HABIS. Malah ada juga daging lembu di bawa oleh rakan se Gayong. 2 ekor jenahak diimport terus daripada Kuala Selangor oleh Cikgu Suhaimi (PSSGM Az Zahra) dan Udang bakar oleh Cikgu Radzlan (KSSG). Manakala menu atas meja selain BBQ dibawa secara pot luck juga habis kecuali sos cili.
Semoga silaturahim yang ada mampu memberikan kesan baik dalam perkembangan Seni Gayong dan ukhuwah Islam.
sos cili pun sebenarnya habis. Telah dikidnap oleh budak bujang KSSG