, , ,

Program KSSG Sempena Maulidur Rasul 2013

Monday, January 21, 2013 Leave a Comment

Gambar semasa shopping barangan dapur hasil derma yang diperolehi sebelum menghantarnya kepada para pelajar tahfiz

Sempena Maulidur Rasul 2013, pihak KSSG akan menganjurkan 2 acara sebagaimana yang dianjurkan pada tahun-tahun sebelum ini. Program tersebut ialah:

Tahlil dan Selawat Rasullullah SAW
Ini akan diadakan di Pejabat KSSG di Bandar Pusat Puchong. Semua Anak Gayong mahupun ahli KSSG dijemput hadir. Tidak perlu malu, tapi kalau malu-malu boleh hubungi kami untuk maklumkan kehadiran anda ataupun ingin bertanyakan apa jua permasalahan. Kehadiran adalah berpakaian sopan atau solat. Sekiranya masa mengizinkan, latihan akan dibuat seperti biasa selepas program. Butiran adalah seperti berikut: 

Tarikh: 24.01.2013 | Khamis (Malam Jumaat)
Masa: 9.45 malam 
Material: Teks Selawat akan disediakan. Manakala buku amalan seharian Rasullulah SAW akan di'ijazah'kan. 
Jamuan: Pot Luck & Jamuan Utama KSSG
Hubungi: 014-9933774 (Kalau tidak berjawab, sila SMS)



Kasih Rasul
Sebagaimana biasa, program ini akan mengutip derma daripada sesiapa sahaja yang berminat untuk sertainya. Semua wang atau barangan dapur yang didermakan akan digunakan untuk membeli barangan keperluan makanan dan juga keperluan belajar bagi para pelajar tahfiz yang terpilih.

Pada tahun lepas, pihak KSSG berjaya mengumpulkan RM600 dan kesemuanya telah digunakan untuk membeli barangan dapur dan keperluan seterusnya telah didermakan kepada Darul Misykah. RM120 datang daripada derma bukan ahli KSSG. Pihak kami amat berharap sekiranya tahun ini, jumlah tersebut akan terus bertambah.

Sebarang derma boleh disalurkan sebelum 30.01.2013 kepada akaun Maybank 162263117521 (MOHD HISHAM BIN MOHD). Sila SMSkan kepada 014-9933774 setelah memasukkan wang untuk rekod kami.

Akaun rasmi KSSGAYONG akan diumumkan dalam masa seminggu.


0 comments »

Leave your response!