,

BBQ Akhir Tahun KSSG 2012

Sunday, February 03, 2013 Leave a Comment

BBQ akhir tahun kali ini dibuat sempena mengganti Makan Malam Akhir Tahun KSSG. Tema dan pelaksanaan santai melalui BBQ lebih menarik minat ahli dan keluarga KSSG

Acara ini diadakan di rumah Cikgu Shams di Jenjarom, Selangor. 30 minit perjalanan daripada gelanggang pusat KSSG (Puchong)

Biarpun beberapa tonggak pelatih dewasa sedang bercuti dan outstation, kerjasama daripada kesemua ahli KSSG amat dikagumi.

Kehadiran melebihi jangkaan dan dianggarkan melebihi 100orang. Ahli KSSG memberikan kerjasama baik membawa keluarga mereka selain beberapa ahli kanak-kanak dan remaja daripada Gelanggang Surau Al Hidayah turut meramaikan majlis yang menjadi gelanggang awam tunggal dijemput pada kali ini.

Majlis bermula selepas maghrib dan bersurai jam 1.00 pagi. Jammed malam tersebut dengan kereta ahli KSSG dan mereka yang bertandang. Satu fenomena baru kepada penduduk setempat apabila agak ramai yang turun.

Lagi gambar-gambar semasa program boleh dilihat DI SINI

0 comments »

Leave your response!