UCAPAN PENGERUSI AJK PUSAT PERSEKUTUAN 2015/2016

Monday, November 10, 2014 Leave a Comment



Ucapan Aluan 2015

Assalamualaikum wbrt
Bismillahirahmanirahim

Saya merujuk kepada semua mesyuarat kita. Saya rujuk semua tindakan kita sebelum ini. Saya rujuk semua senyum dan tawa serta duka kita sebelumnya. Saya kumpulkan semuanya sebagai ingatan dan hanya ingin menyatakan pesan buat para sahabat-sahabat saya dan ahli kita.

Kita bukan hebat berpencak mahupun dikenali ramai. Selama anda bersama kami, anda mungkin dicaci dan diherdik tetapi semua amanah yang diberikan dapat disempurnakan dengan baik. Bukankah itu lebih baik daripada mendabik dada tunjuk hebat dan bersuara lantang tanpa apa pun terlaksana selaras dengan amanah diberikan. Sesungguhnya setiap kita akan disoal Allah SWT akan pimpinan kita.

Maka dalam perjalanan singkat ini kita semua tahu bahawa bukan pencak yang menjadi matlamat sebaliknya menjadi sandaran dan batu loncatan kepada perkara lebih besar. Ada yang ingin membina sosial baik. Akhlak baik. Akademik baik. Ekonomi baik.  Apa pun tujuan kita, selagi tidak menyalahi syarak dan perundangan, laksanakan melalui medium pertubuhan yang sedia ada. 

Kerana kita tahu bahawa kita bukan mencari wang dalam pencak tetapi tidak terhitung wang anda lupus melaluinya. Bukan pangkat dan darjat dikejar melalui pencak kerana kita berkerjaya tidak memerlukannya. Bukan kerana ingin menghitung kehebatan berpencak kerana kita telah bertemu ramai handalan silat, tetapi tiada siapa pun kekal sihat dan hidup berpanjangan. Akhirnya kita sedar, hanya amalan baik dan taqwa dipandang Allah SWT.

Semua orang patut tidak tidur, kerja dan mati sahaja. Semua orang patut ada asas sumbangan tetap sehingga mati yang digelarkan satu perjuangan. Saya ada silat dan organisasinya. Maka tidak salah saya memandang untuk jadikan ia saham akhirat saya. Setiap orang ada pilihan, maka kita tidak pernah memaksa sesiapa untuk sertai dan komited. Tetapi kurangkan bercakap, laksanakan apa yang terbaik semua.

Semoga 2015 memberikan harap baru kepada kita semua dan pertubuhan silat-silat lain dalam mendidik anak generasi mendatang terutama dalam akhlak hidupnya.

Hisham Nazir

0 comments »

Leave your response!