JAWAPAN: TAJUK LAIN | PAPARAN PUTUS | SILIBUS

Tuesday, December 16, 2014 Leave a Comment

Nota: Ini muka depan baju kami pada tahun 2015. Tempahan boleh dibuat kepada kami dengan personal Message di www.kssgayong.com


Tajuk Lain

"Kenapa lain macam tajuk web ini dan geng kssg nampak jarang masuk komen di laman fb Gayong" (ayat diubahsuai)

Biarlah tajuk dan isi kandungan web sendiri berkata-kata. Condong kanan tak kena, melukut ke kiri pun dihina orang. Kami hanya nak bersilat. Silat tidak buat kami kaya tetapi cukup buat kami gembira. Aktiviti FB mungkin masing-masing sibuk dan tidak berkesempatan. Apa pun FB kami kurangkan sikit. Cakap dan menaip banyak pun tak guna.

Paparan Putus

"Banyak link web putus. Boleh baiki?"

Laman web ini telah bertukar domain 3 kali. Setiap kali bertukar akan menjadikan link asal semasa akan putus. Jika anda ada link yang ingin dilawati, sila tukarkan domain utamanya kepada pusakagayong.com dan kekalkan alamat url bahagian belakang.  InsyaAllah.

PusakaGayong.Com telah kami bayarkan untuk lebih 3 tahun. Nampaknya kena kekalkan.

Silibus

"Ada beberapa link silibus putus"

Link tersebut tidak putus tetapi masih tidak disambungkan ke mana-mana bahagian buat masa ini.

0 comments »

Leave your response!