TAZKIRAH - MENEGUR
Friday, September 11, 2015
Leave a Comment
TAZKIRAH KELAS LATIHAN SILAT BANTING OLEH SAUDARA AZRI (09.09.2015)
TAJUK: MENEGUR
Rentetan daripada tazkirah sebelum ini, peringatan mengenai menegur ingin disampaikan. Manusia sering melakukan kesilapan walau sebaik mana pun dia. Tetapi yang penting manusia dan rakan kita ini boleh berubah atau diubah melalui teguran.
Teguran perlu dibuat secara berhemah. Hemah pada asasnya menegur dengan cara tidak mengaibkan beliau. Tidak pula untuk menyalahkan beliau atau dengan pengggunaan kata-kata yang boleh melemahkan semangat atau penghinaan kepada beliau. Seeloknya teguran biasa antara sesuatu yang peribadi dan kecil dibuat secara tertutup antara 2 pihak.
Menegur bukan sahaja boleh membetulkan kesilapan. Tetapi juga merungkai kekeliruan. Mungkin kita merasakan seseorang silap lalu menegurnya. RUpanya kitalah yang silap dan salah faham mengenainya. Besarnya hikmah menegur sekiranya kita menggunakan prinsip teguran secara hikmah
Dengan teguran yang baik dan berhemah, silaturrahim makin berkembang dan terjaga antara dua pihak atau keseluruhan masyarakat dan komuniti berkenaan.
InsyaAllah, semoga sedikit perkongsia memberikan manfaat buat semua. dan disebar-sebarkan bagi kebaikan bersama.
0 comments »
Leave your response!