SILAT - ANTARA POLITIK DAN FAHAMAN SALAH (INI BUKAN ZAMAN SILAT)

Sunday, October 04, 2015 Leave a Comment


SILAT - ANTARA POLITIK DAN FAHAMAN SALAH

Silat tidak wajar dipolitikkan. Malah pertubuhan silat yang menjadi tunggak perpaduan melayu dan pendidikan jiwa buat melayu dan muslim tidak patut dirosakkan oleh pimpinan yang mengunakan silat mahupun pertubuhan untuk kepentingan politik atau keperibadian tertentu. Tidaklah menghalang mana-mana ahli untuk berpolitik secara aktif tetapi kebijaksanaan kepimpinan amat perlu selaras dengan tujuan asal dalam pertubuhan.

Jika ini soal peluang, Jika ini soal wang. Jika ini soal pangkat dan nama, cukup Allah SWT menentukan kita. Hadir dan aktif kita bukan kerana itu semua. Cukup sekadar senyuman dikemudian hari oleh kami selaku gurulatih yang membimbing anak-anak muslim. Baik fizikal dan hati mereka.
Dengan ketengah melalui politik, maka bersedia untuk dikritik oleh fahaman politik yang berbeza. Ingatlah, politik dan fahaman itu tidak kekal.

Tuan Sasterawan telah menempelak bahawa ini "bukan zaman silat". Ini jawab saya;

"Silat ini bukan ilmu perang dan tarian sahaja. Silat ini latihan meningkat jati diri. Tapi lebih penting silat ini mainan ulamak. Mana ada ilmuwan besar silat bukan pandai agama. Di sini ilmu agama diterap masuk. Di sini akhlak dibentuk. Di sini jatidiri dan identiti dibina dan dikemaskan. Biar kami berbadik kecil tapi berhati besar. Kerana hati yang besar lebih baik memandu jalan hidup kami. Kami sekadar meneruskan legasi". 

HISHAM NAZIR
Pengerusi Ke-2 PSPGPSHM
(2014- 2016)

‪#‎pusakagayong‬ ‪#‎senigayong‬ ‪#‎sendiharimau‬ ‪#‎gayongpersilatan‬

0 comments »

Leave your response!