JANGAN MEREMEHKAN BILA TIDAK BERSEPENDAPAT.

Monday, June 12, 2017 Leave a Comment


Bila berjumpa di Festival Silat.
Bila berjumpa di Pertandingan Silat
Bila berjumpa di Majlis Silat
Bila berjumpa di mana-mana..

Masih ramai bertanya soalan sama.
"Apa khabar Sendi Harimau sekarang (nada sinis)?"

Mungkin ramai bercakap buruk tentang kami
Tentang saya (Hisham Nazir).

Update kami boleh perolehi di sini. Antara update saya buat rakan-rakan:

Kami telah berjaya membina gelanggang2 dan nama silat dengan baik sebelum Sendi Harimau kami terajui.

Kami telah berjaya letakkan profesionaliti dslam silat untuk dibanggakan dan elak dipermainkan oleh bangsa sendiri lagi.

Kami telah ada gym latihan silat dengan menyewa premis bangunan sejak 2007 dengan kos penyelenggaraan sebanyak RM1500 sebulan di kala silat masih banyak bertapak di tepian dewan dan tapak tanah pusaka walaupun beratusan tahun sejarahnya.

Gym kami itu akan ditutup pada oktober 2017 bagi memulakan latihan di tapak khusus bg pembinaan Wisma Sendi Harimau yg bakal bermula pada Ogos 2017 dengan kos sebanyak RM450k yg akan digerakkan secara perlahan-lahan.

Kami telah ada lebih 4 gelanggang tanah khusus bg penggunaan pusat latihan silat daerah. Bukan main minta biasa-biasa.

Kami dah jalankan satu gurulatih satu gelanggang minima.

Kami dah bertapak di lebih 5 negeri dalam kesukaran untuk bangun.

Kami mempunyai keahlian tidak seramai sahabat kami yg lain tetapi kutipan wang pendaftaran kami telah mencecah satu angka luar biasa.

Pendapatan dan sumber kewangan kami langsung tidak diperolehi dsripada mana2 anak Gayong lain tetapi hanya tertumpu daripada gurulatih2 kami. Kewangan kami gagah.

Semoga kita pakat bangun bukan nak jatuhkan orang. Kami lihat bagaimana kami pernah dijatuhkan dengan fitnah dan kata-kata buruk di belakang, kami undur diri. Adakah kami membalas keburukan dengan keburukan?

Kami dikata bermacam-macam, adakah itu menjadikan kami jauh sedangkan kami tidak pernah menolak bantuan dan sokongan moral dan kewangan kepada anda ketika diperlukan walaupun anda menjauhi kami.

Pendek kata, kami berbangga mempunyai gurulatih tidak seramai rakan2 saya yg lain. Tidak mempunyai mulut manis tetapi berterusan dalam mengusahakan gelanggang/pusat latihan mereka.

Gurulatih ini tidak seberapa beltnya sebagaimana ramai hitam bercula-cula tetapi komitmen mereka amat dibanggakan untuk membangunkan sahsiah anak muslim seluruh negara.

Mereka bukan ramai dan tidak hebat tapi boleh dibanggakan. Tidak perlu tunggu tahun-tahun mendatang, saya bangga dengan sahabat-sahabat saya ini.

Semenjak kami bertapak, 2 guru saya yg kini dalam pertubuhan berbeza iautu Ayah Awang Daud masih boleh memperkenalkan saya sebagai muridnya dan berkata dia berbangga dengan saya walaupun ada perkara kami tidak sehaluan.

Begitu juga di akhir hayat Cikgu Rasip, walaupun sungguh banyak perkara kami tidak sehaluan tetapi dia memperkenalkan di hadapan gurukatih2nya "ini Hisham. Dia kebanggaan kita"

Begitu juga saya kepada gurulatih dan sahabat saya. Mereka juga tidak sehaluan dengan saya dalam banyak perkara tetapi kami tetap satu hati dan menegur dalam kebaikan. Kami tidak menegur dan membetulkan seseorang dalam sikap nak menang hujah.

Saya memegang nasihat guru lama "jangan memandang rendah pada setiap pendapat. Kesesuaian pendapat mungkin akan berbeza pada masa dan tempat. Jangan dibuang kerana ia salah pada mata sekarang"

Biarpun kita berbeza pertubuhan, jangan kita jarakkan hubungan dan segan untuk bersilaturrahim.

NOTA: Gambar perbincangan ada permohonan buka gelanggang di Kedah. Siapa nak jadi gurulatih kami di sana. Melaka dsn Johor juga.
 — at Persekutuan Seni Pusaka Gayong Persilatan SH Malaysia.

0 comments »

Leave your response!