,

TAZKIRAH - MASA

Monday, June 12, 2017 Leave a Comment


Kata ulamak, masa itu jauh. Setiap saat makin jauh tanpa kita boleh dekatinya. Kata Arab, Masa ibarat pedang. Samada kita dipotongnya atau sebaliknya. Kata Melayu, Masa itu Emas. Mungkin Melayu lebih materialistik dengan menyamakannya dengan emas. Tetapi kita cukup tepat.
Allah SWT bersumpah dengan Masa menunjukkan ia suatu yang amat penting dan tegas. Diingatkan kita bahawa kerana masa, kita semua dalam kerugian.
Berbalik pada asas masa, semua orang ada masa yang sama. 24 jam seharian. Tetapi kenapa penggunaannya berbeza dan ada dilihat masa yang lapang dan sibuk.
Sibuk atau lapang, masa kita adalah sama. Maka ia dilihat kepada cara kita menggunakannya dan keberkatan amalan kita dalam timbal balas kepada masa kita.
Jika dilihat kepada silat, ada orang ada masa datang berlatih silat. Adakah ia berkurangan masanya kerana latihan. Ada orang menjadi gurulatih kepada beberapa gelanggang, tetapi adakah berkurangan masa padanya sehingga ia menjadi sibuk?
Masa adalah penting untuk muslim. Setiap perkara ada masa tertentu. Maka pengurusan masa adalah suatu yang ditetapkan oleh Islam dalam menentukan perjalanan hidup kita lebih teratur dan lebih baik dalam semua sudut. Kalau pengurusan masa itu asas Islam, kenapa orang Islam tidak mampu menguruskannya dengan baik.
Cuba ambil masa dan renungkan kepada sekeliling kita. Lihat pada kontraktor menyapu jalan, fikirkan masanya. Perhatikan mereka yang lalu lalang, fikirkan masa mereka. Adakah mereka lebih sibuk atau lapang dari kamu.
Sekarang, persoalannya adakah masa yang salah atau kita yang gagal kuasai masa dengan baik.

0 comments »

Leave your response!