MATLAMAT SENDI HARIMAU 2019

Friday, December 28, 2018 Leave a Comment


MATLAMAT SH 2019

Alhamdulillah matlamat 2017/2018 sedikit sebanyak telah dipenuhi dengan melahirkan wawasan gurulatih dan boleh bergerak bebas tanpa seliaan menjadikan SH mampu hidup biarpun pendokong-pendokong utama tiada kelak.
Walaupun tidak kesemua matlamat dicapai dengan baik dan kesan negatif kebaikan proses peningkatan atas desakan, pihak-pihak mungkin akan rasa lebih berdikari tanpa mengenal akar tempatnya berdiri.
Matlamat asas SH adalah ringkas. Bagi mendukung falsafah silat dalam melahirkan generasi baik dan cemerlang dalam isi dunia dan akhiratnya. Berjaya dalam akademik dan disegani sahsiahnya. Bukan sekadar bidang tempur tanpa objektif jelas.
Matlamat SH 2019 adalah seperti berikut:
O Menyiapkan sepenuhnya Pusat Latihan SH bertemakan dalam taman dan menggunakan semaksima mungkin bagi semua aktiviti;
O Menyiapkan sepenuhnya Laman Sendi Harimau di Kedah bagi kebun ahli dan lapang sasar latihan memanah berburu;
O Ujian & latihan memanah berkuda SH di Kedah. (tapak dan latihan telah diadakan);
O Sub Kelas memanah SH dengan silibus khusus;
O Kelas khusus wanita dengan adakan gurulatih wanita;
O Kelas Tahfiz part time SH;
O Rawatan dan perubatan percuma kepada masyarakat;
O Memulakan kembali satu pertandingan bagi pesilat kanak-kanak bersesuaian dengan matlamat melalui GFC dahulu;
O Sekurang-kurangnya satu outing kepada gurulatih dan keluarganya bagi merapatkan hubungan silaturrahim;
O Latihan gurulatih di beberapa tempat berasingan;
O Pembukuan silibus untuk ujian sahaja;
Semoga semua pihak mendoakan agar matlamat kami dipermudahkan.

0 comments »

Leave your response!