TUISYEN SENDI HARIMAU

Tuesday, January 15, 2019 Leave a Comment



Tahu tak fee tuisyen di kawasan Selangor adalah RM50 bagi satu subjek dan mencecah minima fee RM150 bagi tuisyen. Ramai tidak mampu.

Ada bincang dengan beberapa orang rakan dalam usaha mempelbagaikan kegunaan Pusat Latihan SH di Seri Cheeding. Mungkin boleh buka tuisyen percuma dalam sekali seminggu sebagai saham akhirat.

Ramai tidak berkemampuan daripada Bandar Saujana Putra, Jalan Kebun dan Jenjarom. 

Ini cadangan awal. Itupun kalau ada sukarelawan utk berkhidmat demi anak-anak muslim yg lain.

Harap boleh start dan boleh realisasikan pada Mac kelak. Ada cadangan atau berminat nak jadi sukarelawan, boleh www.wassap.my/60139307961

Tawaran ini tidak terhad kpd pesilat sahaja. Terbuka utk semua. Kami di SH sediakan tempat dan peralatan.

Sekarang ini pusat kami telah berikan ruang untuk bekam. Kalau ada sesiapa nak sewa dan guna, insyaAllah boleh bincang.

NOTA- Gambar lama silat di Masjid Kota Damansara

0 comments »

Leave your response!