UCAPAN ALUAN 2019
Thursday, January 03, 2019
Leave a Comment
Assalamualaikum wbrt
Bismillahirahmanirahim
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari kebajikan yang dikerjakannya. (Mereka berdoa), “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir.” - [Al-Baqarah: 286]
Saya merujuk kepada semua kenangan masam manis bersama sahabat-sahabat di tahun 2017 dan 2018. Juga dirujuk jatuh bangun dan rasa syak wasangka di tahun-tahun sudah.
Tahun 2017/2018, banyak pentadbiran mengalami kesukaran termasuk kegurulatihan apabila isu-isu kerja mengehadkan masa dan peluang untuk SH berkembang lebih baik sebagaimana yang di rancangkan.
Namun, perkembangan SH tetap seimbang dengan usaha di luar perancangan dengan bantuan dan sokongan semua pihak.
Alhamdulillah, rezeki kepercayaan masyarakat dan juga kewangan menjadi kebaikan kepada semua ahli dan gurulatih. Melaluinya kini SH telah berpindah daripada menyewa tingkat 2 bangunan di Bandar Puchong Utama kepada 2 Lot tanah lapang di Kg Seri Cheeding dan telah siap satu bangunan latihan silat dengan kesemua kos pembelian dan pembinaannya menjadi rezeki kepada SH.
Mungkin banyak tidak tercapai sebagaimana dirancangkan tetapi apa yang diperolehi melebihi yang diidamkan sebelumnya. Biarpun tidak mendapat sokongan kewangan daripada Anak Gayong mahupun orang ramai, saya dan sahabat-sahabat masih mimpikan satu tempat khas bagi silat ini bagi membolehkan aspirasi kami melahirkan generasi muda yang lebih bersahsiah dan berjatidiri melayu muslim dan bukan sekadar pandai berpencak dan lupa usul diri.
Jesteru selain Wisma SH di Seri Cheeding, SH sekali lagi membina sejarah gelanggang bagi satu tapak diberikan nama Laman Sendi Harimau di Kedah bagi matlamat jangka panjang untuk silibus memanah dan rekreasi.
Tahun-tahun kebelakang, saya sendiri sengaja kurang aktif dalam bergelanggang dalam menjadikan diri sebagai batu kepada benih tamar agar setelah disemai, para ahli dan gurulatih SH mampu berdikari dan berusaha walaupun tiada dukungan utama seperti saya kelak.
Sejak 2005, kami melakarkan pelbagai rangka bagi membantu gurulatih sudut keilmuan dan kewangan bagi memberikan semangat meneruskan legasi bergelanggang. Selebihnya terpulang kepada gurulatih sendiri menetapkan matlamat peribadi tetapi mengharapkan agar tidak dipesongkan dengan kewangan semata-mata biarpun banyak peluang diberikan sedemikian sebagai kolateral positif.
Dalam mendidik dan membangunkan kegurulatihan, saya suka melihat kembali latihan dan didikan Ayahanda Awang bin Daud. Biarlah berpecah asalkan silat diteruskan. Di situ berkat dan pahala gurulatih berkembang. Cuma pesan saya sebagaimana pesan guru-guru saya, berpecah biar berpecah sayang bukan kerana kepentingan diri dan emosi yang diputuskan bukan atas dasar tanya dan bincang. Kerana sejarah telah melakarkan jelas keruntuhan tradisi sepakatan Melayu dan Islam di Nusantara ini atas ketamakan dan rasa cukup dan lebih pada diri.
Setiap daripada sahabat-sahabat saya yang masih bersama biarpun atas sindiran, iri hati syak wasangka, jerih. Mereka ini ternyata bukan hanya untuk wang dan kemasyhuran. Biarpun kami diberikan peluang, matlamat medepani permasalahan remaja dan anak muda di masa ini dan di masa depan lebih menjadi asbab kami di sini.
Biar peluh membantu pentadbiran meluaskan silat.
Biar peluh memenuhi gelanggang mendidik anak muda menjadi asbab kepada kebaikan generasi baru.
Kebaikan faham mereka kepada hidup dan jatidiri melalui tempur melayu.
Kebaikan adab Islam melalui nasihat dan keperibadian gurulatih itu sendiri.
Anda kata ini matlamat sementara kami semua, kami tidak berpersatuan dan membantu ia maju. Tetapi kami berdoa dengan berpegang pada tali-tali ini tanpa rasa irihati dan rasa lebih pada diri sesama sendiri akan memberikan satu saham dan meninggal legasi ini setelah pergi.
Tahun 2019, kami akan menyeru seramai mungkin ahli-ahli lama bagi memperkasa perkembangan persekutuan ini agar menjadi titik tolak kebaikan kepada semua.
Kepada Allah kami berdoakan kebaikan untuk anda semua!
waAllahua'llam
0 comments »
Leave your response!