DERMA PERLIMAU 01/2019

Tuesday, February 12, 2019 Leave a Comment





Alhamdulillah, wang Perlimau Tapak yang diperolehi daripada Pusat Latihan SH di Sitiawan telah didermakan kepada Tabung Pembinaan Masjid Nur Ramadhan, Simpang Pulai, Perak Darul Ridzuan.
Memandangkan wang itu kutipan daripada ahli-ahli silat SH di Negeri Perak Dari Ridzuan, ada baiknya kami sedekahkan amaun tersebut kepada pembangunan masjid di sana. Semoga masjid dapat disiapkan dan dimakmurkan oleh kariah setempat. Mungkin SH akan sampai bertapak di sana satu hari nanti.
Bagi pengunjung dan rakan-rakan silat yang baru mengenali kami, SH menetapkan syarat perlaksanaan Perlimau Tapak / Seni dan lain-lain melibatkan adat sebagaimana berikut:
O Hanya seorang diberikan kuasa perlimau pada satu-satu masa dalam persekutuan dan tiada tuntutan atau bayaran dikenakan kepada Wakil Perlimau;
O Wang perlimau tidak dibenarkan sama sekali digunakan dan diberikan kepada Persekutuan, gurulatih atau ahli. Sebaliknya diderma kan sepenuhnya;
Pihak kami berdoa dan berharap dengan derma yang diberikan itu akan diberkati oleh Allah SWT dan pahalanya sampai kepada semua pesilat-pesilat SH mahupun ibubapa mereka. Begitu juga kesemua gurulatih-gurulatih SH dan gurulatih kepada gurulatih mereka yang telah mengorbankan masa dan wang untuk mendidik dan berdakwah melalui silat ini.
InsyaAllah. Wallahuallam





0 comments »

Leave your response!