, , ,

PENUBUHAN KELAS SILAT SH DI KELANTAN

Monday, April 01, 2019 Leave a Comment


PENUBUHAN KELAS SILAT SH DI KELANTAN
Selepas meeting dengan bakal-bakal gurulatih SH di Kelantan termasuk daripada Besut pada 3 hari lepas, status facebook dimuatnaik bagi meneliti sekolah-sekolah yang masih belum ada kelas silat di sekolah disekitar #KotaBharu.
Atau sekolah-sekolah yang menghadapi masalah dengan pertubuhan silat atau gurulatih mereka yang memerlukan penukaran kelas/penganjuran kelas. Ini perlu bagi menjaga nama baik silat dan pertubuhan #silat lain kerana kebanyakan guru yang mengendalikan silat sekarang bukanlah orang silat atau pro- budaya.
Sehingga hari ini ada 3 permintaan sekolah di sekitar Kota Bharu untuk membuka dan menubuhkan kelas silat di sekolah mereka. InsyaAllah minggu depan kita cuba turun untuk melihat cadangan-cadangan yang ada daripada sekolah berkenaan.
Jika ada lagi maklumat #sekolah belum ada silat dan berkehendakkan untuk memulakan penubuhan kelas silat, sila hubungi - www.wassap.my/60139307961

0 comments »

Leave your response!