,

PECAH GAYONG

Tuesday, October 01, 2019 Leave a Comment



Perpecahan Gayong disebabkan masalah perbezaan pandangan pentadbiran, adat, disiplin, pembawaan, pentadbir buat Gayong milik dia, kena pecat, kena sisih dan 100 sebab lain.
Dalam 2-3 bulan ini sahaja kami sembang ramai jumpa kami dan maklumkan bergerak sendiri atas nama kelab tetapi masih menggunakan lambang dan nama Gayong mereka sebelum ini.
Malah perpecahan dengan nama pertubuhan baru juga banyak.
Semasa saya dapat 'Sendi Harimau' yg bersejarah awal di tahun 1975 ini, beberapa guru lama di rujuk. Antara yang dimaklumkan ialah Cikgu Ismail Chik. Beliau pesan kat saya;
"Jangan risau apa orang kata. Awak sedang mengembangkan Gayong. Kembangkan. Saya sokong!
Cuma saya pesan satu. Apa jadi pun samada pertubuhan kamu bermasalah, atau menjadi hebat mana pun, jangan putus silaturrahim antara Gayong yang ada"
Saya jumpa banner ni di kedai Roti Canai Din, Kuala Nerang. Saya tolong promote. Nampak macam lambang lama Gayong yang pernah digunakan oleh Pusaka Gayong.
Saya payung semua Silat..

0 comments »

Leave your response!