HEBAT SENJATA
Saturday, May 09, 2020
Leave a Comment
Ada orang mesej tanya bab senjata.
Mahir senjata apa
Belajar tara mana
Simpan senjata apa.
Saya kata tak mahir apa-apa. Cuma dulu belajar, bila sampai tahap Merah dan mengajar, kami kena pilih satu senjata. Senjata itulah menjadi mainan utama kita. Kita jadi rujukan silibus dan pecahan senjata itu.
Saya memilih pisau masa itu.
Belajar tara biasa-biasa ja. Sebab guru ajar lari dulu. Maka stamina kami utamakan, baru tempur.
Saya tidak simpan senjata yang menarik. Tiada apa yang unik dan klasik. Sebab apa yang boleh capai itu akan jadi senjata. (Cikgu Awang Daud)
Kalau tiada senjata, batang tubuh ini senjata menggerunkan. (Cikgu Osman)
Teringat cerita Cikgu Osman. Murid ADMAR yang agak 'melawan' sebab ADMAR tak berani nak sound dia balik kalau dia tegur ADMAR sebab dia yang baik dengan Abang ADMAR.
Masa itu dia kata duit dia selalu bawa banyak. Maklumlah orang meniaga. Balik rumah mesti duit angkut sekali.
Orang yang tahu dan memang kerja nak merompak, memang kena usha la. Sampai satu tempat waktu malam, 5-6 orang kepung dia. Semua berparang panjang. Ketua yang nak duit dia tu bertaraf seorang Mahaguru pertubuhan silat kemudiannya.
Aku sengih sahaja, kata dia.
Dia tanya duit aku, aku tanya dia balik. Bawak parang ni pandai main ka.
Dia tanya aku balik, Hang pandai ka.
Aku tak pandai mana tapi Meor Rahman ada ajar. Kalau aku berparang, tentu tak ada yang berani nak masuk. Tapi kalau aku takda parang, kau rasa pandai main parang, masuk lah.
Habis lari tinggalkan dia pergi.
Rilek je dia balik dengan kelek duit perniagaan. Yang paling menarik dia kata kat saya "kalau jumpa dia (mahaguru tu) tanya dia betui ke tak. Sebut nama saya"
Tapi bab paling saya suka, walaupun kejadian itu berlaku. Depa ni rilek sahaja. Boleh jadi kawan.
Kalau boleh faham satu senjata pun cukup. Buat modal hilang gerun.
0 comments »
Leave your response!