, ,

SUMBANGAN MAULIDUR RASUL 2020 (BANDAR SAUJANA PUTRA & PENDANG)

Thursday, October 29, 2020 Leave a Comment


Sebagaimana biasa sejak 2005, di hari Maulidur Rasul antara aktiviti kami ialah menyampaikan sumbangan kewangan dan barangan kepada asnaf, tahfiz, anak yatim dan masjid.
Memandangkan musim PKPB di Selangor, semua sumbangan diagihkan dalam bentuk barangan keperluan makanan buat yang memerlukan. Sebahagian sumbangan diagihkan kepada Surau Al Hidayah, Bandar Saujana Putra manakala sebahagian lagi akan dibeli dan dihantar ke gerobok masjid di Pendang.
Sumbangan ke Pendang masih belum dibuat, maka sesiapa nak menderma boleh dapatkan no akaun kami melalui whatsapp di bawah.
Alhamdulillah, sumbangan tidak pernah kurang. Semoga anda semua mendoakan kebaikan, keberkatan, kemurahan rezeki, diampuni dosa buat ahli dan gurulatih Sendi Harimau Malaysia seluruh dunia.
Semoga kita tanamkan sayangi Rasullulah SAW. Allah jua sebaik perancang.
NOTA: Kepada yang berminat sertai silat bersama kami, Boleh whatsapp kami di -


 

0 comments »

Leave your response!