"Cikgu boleh saya bawa gelanggang masuk bawah Sendi Harimau?"
Wednesday, May 20, 2026
Leave a Comment
NAK SERTAI GELANGGANG KE PERSEKUTUAN
"Cikgu boleh saya bawa gelanggang masuk bawah Sendi Harimau?"
Persoalan dan permintaan sebegini ada 4-5 kali kami terima untuk di bawa gelanggang-gelanggang mereka ke Sendi Harimau. Bukan kami menolak atau kami memilih tetapi kami bukan mereka yang berbangga dengan jumlah gelanggang dan ahli yg banyak.
Kami cuma orang-orang kecil yang hanya mahu jalankan amanah bersilat. Apapun silat anda, kami menyokong anda. Samada bersama kami atau sebaliknya.
Kami tiada ilmu. Tiada tawaran sandang dan bengkung menarik. Kegurulatihan menjadi keutamaan kami. Sandang dan bengkung pula terlucut bila gurulatih tanpa gelanggang antara syarat tidak menarik kami. Sandang tiada. Bengkung tak banyak chula.
Keutamaan kami kepada kebaikan silat sebagai jalan dakwah dan medium untuk memperbaiki akademik, sosial, ekonomi dan akhlak adalah perlu dijadikan keutamaan.
Sama-sama lah kita jalankan amanah bersama melalui gelanggang atas tiket apa pun. Amanah itu bukan sekadar nak banyakkan gelanggang tetapi amanah itu pada kita boleh mengumpulkan anak-anak muslim kita dan sedaya upaya untuk bersama membetulkan diri dalam semua bentuk. baik agamanya, sosial, ekonomi, akhlak, akademik dan sebagainya.
Ambil bahagian untuk membangunkan modal insan muslim yang lebih baik.

0 comments »
Leave your response!