"Cikgu (bukan gelanggang saya), boleh amal xxx (senarai amalan) tanpa ijazah?"
Wednesday, May 20, 2026
Leave a Comment
"Cikgu (bukan gelanggang saya), boleh amal xxx (senarai amalan) tanpa ijazah?"
Ini pandangan saya -
"Kalau zikir berdasarkan Quran, sunnah atau doa khusus oleh sahabat, tabie, tabie tabiin atau ulamak maka boleh amalkannya dalam bentuk bahasa dan perkataan yang jelas.
Tapi seeloknya biar ambil daripada guru kerana walaupun ia satu Quran & sunnah dan jelas diamalkan oleh para ulamak, mungkin pengalaman guru akan menentukan pengaturan dan kesesuaian amalan dengan diri kita.
Manakala zikir khusus yang dikatakan mempunyai kaifiat atau tujuan tertentu seeloknya berguru dan diijazahkan amalan tersebut. Ini terutama ayat-ayat berbentuk dalam bahasa yg asing dan perkataan tidak jelas atau tidak mampu difahami dengan cara biasa termasuk mentera dalam basaha/loghat sendiri.
Contohnya antara amalan ditanya tentang Kaf 40, maka elok ambil melalui guru yg mendapatnya dan telah amalkan dengan cukup syarat. Malah lebih baik jika berpengalaman dalam 'kaifiat' nya.
Sekadar jawapan dan pandangan peribadi.

0 comments »
Leave your response!