KERANA KITA, ORANG MUNGKIN DIHINA

Wednesday, May 20, 2026 Leave a Comment

 


KERANA KITA, ORANG MUNGKIN DIHINA

Poster taklimat dan kelas silat di Kubang Jelai diubah suai sedikit. Apabila ke pasar baru-baru ini, ada suara sinis orang melayu kepada kita.
"Silat bukan boleh buat cari makan, untuk orang taknak sekolah boleh la"
"Budak silat perangai elok ka ni"
"Orang pulun duk belajar bukan bersilat pukul orang"
(lebih kurang la bunyinya)
Silat ini satu medium. Kita guna untuk dakwah. Kita guna untuk baiki akademik anak-anak kita. Kita baiki ekonomi orang kita. Jadikan langkah motivasi melalui silat. Bukan sekadar sepak tendang.
Mungkin ada kes-kes orang silat gangster atau akhlak yang tidak kena pada tempatnya menjadikan silat Gayong seolah dilabel perkara-perkara tidak baik. InsyAllah bukan daripada kalangan gurulatih kami di seluruh Malaysia. Kami semua ingin jadi baik dan berkongsi jadi baik bersama semua.
Tak perlu kita menuding kepada sesiapa, tetapi kita fokus untuk mengubah diri sendiri dan berkerja untuk teruskan amanah dan mendidik anak bangsa seagama kita. InsyaAllah kelak pandangan negatif akan hilang sendirinya.
Sebab itu saya sebolehnya ingin mengajak rakan-rakan turun untuk bersama mendidik anak bangsa kita. Jadikan kebaikan dan kelebihan akademik sebagai motivasi. Sebagaimana guru-guru kita dulu memotivasikan kita untuk berjaya.
Kami tidak pasti gurulatih dan pesilat gelanggang lain, tetapi kami di Sendi Harimau Malaysia mendidik anak-anak untuk menjadi modal insan Muslim yang berjaya yang mampu ditumpangi kebaikan oleh seluruh masyarakat.
Tak lama lepas edar flyers sambil berpelikat, berkopiah dan baju melayu sejak subuh, SB dah telefon pasal ini. Maksudnya ada yang mengadu. InsyAllah semua gelanggang kami di Malaysia di senaraikan dan dilapor khusus kepada pihak polis Negeri dan tempatan.
Semoga kita semua pakat promosikan silat. Bukan gelanggang kami sahaja, tetapi semua gelanggang latihan silat di dunia

0 comments »

Leave your response!