MANFAAT MASA

Wednesday, May 20, 2026 Leave a Comment


 MANFAAT MASA

Pesilat dewasa tanya semalam "Cikgu sepanjang ngajar ni dah berapa gelanggang?"
Aku pun kira. Rupanya dah 58 gelanggang di Kelantan dan Selangor. Banyaknya.
Pesilat budak pula tanya "kalau mak lambat ambik, Cikgu boleh hantar?"
Teringat dulu pernah jadi kat budak saya darjah 4. Ayah hilang radar, rupanya tertidur depan pasar. Saya pun hantar dia. Rumah jarak lebih 5km. Nasib baik dia kenal Jalan walaupun jauh dalam umur sebegitu.
Budak-budak yg dulu kita ajar di Selangor ramai dah kahwin. Ada juga jemputan kahwin bulan ni.
Budak yg saya latih di Kelantan sudah ada anak bersekolah menengah. Depa jumpa depa gelak, Cikgu nampak muda katanya. Dia tak tahu ubat secekak sehari. 😎
Alhamdulillah. Semoga masa saya bermanfaat dengan baik utk masyarakat.
Perkara sama saya ingatkan Gurulatih muda. Sesetengah perkara kita hanya melihatnya selepas 20-30 tahun.
Mula daripada hari ini.

0 comments »

Leave your response!