PESILAT & BENGKUNG

Wednesday, May 20, 2026 Leave a Comment

 


PESILAT & BENGKUNG

Latihan dan silibus bukan sekadar pengukur warna bengkung. Selain silibus fizikal, latihan silibus kerohanian perlu selari di samping dengan kesesuaian dan kemampuan pesilat.
Selain itu bengkung sekadar pengukur silibus tetapi juga amanah. Ia perlu reflek kepada amanah sebagai Gurulatih.
Semasa seorang Anak Gayong lama (Anak belajar di gelanggang saya) datang bertandang, saya tunjukkan siaran LIVE yang menunjukkan pesilat Gayong sedang berlatih.
Umurnya nampak macam sekolah menengah dan memakai bengkung merah dan kuning. Saya tanya -
"Jangan banding zaman kita. Banding dengan budak2 bengkung putih sekali Anak awak. Apa komen?"
Jawapannya -
"Saya pun tak faham sekarang kita ajar anak-anak Silat untuk apa. Adakah sekadar nak ramai ahli atau apa. "
Sekadar untuk difikirkan bersama untuk kita ubah persepsi kita sebagai Gurulatih

0 comments »

Leave your response!