PEWARIS SENDI HARIMAU MALAYSIA
Wednesday, May 20, 2026
Leave a Comment
PEWARIS SENDI HARIMAU MALAYSIA
"Cikgu, Sendi Harimau Malaysia pun sebahagian Seni Gayong. Samada sebahagian atau bukan, siapa esok-esok akan jadi pewaris / pemegang amanah kepada Sendi Harimau Malaysia?"
Soalan yang dapat daripada gurulatih kami tempohari. Antara persoalan menarik untuk dijawab dan ditegaskan daripada awal.
Jawapan saya:
Seni Gayong atau ilmu Seni Gayong atau nama pertubuhan Sendi Harimau Malaysia atas faktor dan pandangan orang asli ke tidak asli. bagus atau sebaliknya, pewaris akan dipilih oleh saya kelak.
Pertama, pada pandangan saya Ini bukan harta saya walaupun katakan saya pengasas atau pencipta (kalau sekalipun tetapi bukan). Maka ia tidak akan diwariskan atas sebab ia darah daging saya atau mempunyai ikatan persaudaraan dengan saya.
Kedua, Saya memegang kepada janji kepada asal sanad Seni Gayong kepada guru lama. Yang boleh menerima Anak Gayong hanya oleh mereka yang menerima sanad penerimaan murid/perlimau daripada ADMAR/ADMAA sahaja. Daripada kedua mereka, kepada guru-guru gayong dan seterusnya kepada saya/pemegang amanah seterusnya melalui serahan khas. Tiada lantikan melalui pertubuhan.
Ketiga, Orang yang dipilih perlu mempunyai kriteria memenuhi sekurangnya minima pemegang bengkung hitam (syarat minima rujuk di sini - http://www.sendiharimau.org/.../apa-syarat-bengkung-hitam...).
Keempat, Orang yang dipilih harus daripada kalangan yang sedaya upaya menjaga akhlak, iman dan lisannya serta tidak suka membangga diri. Seorang yang sejuk mata memandang pada mata masyarakat.
Kelima, Orang yang dipilih adalah seorang yang mampu menjadikan batang tubuhnya sebagai dakwah dan ikutan kebaikannya.
Keenam, Orang yang dipilih mempunyai anak-anak dan keluarga yang mempunyai disiplin dan amalan keagamaan Islam yang baik walaupun bukan daripada kalangan Anak Gayong serta terhindar daripada fitnah semasa.
Ketujuh, Orang yang dipilih mampu untuk berfikir dan bertindak dengan baik dan waras untuk kebaikan agama dan bangsa serta negara ini.
Wallahuallam.
MOHD HISHAM NAZIR

0 comments »
Leave your response!